HIJRAH RASULULLAH (SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM)
Mengikut apa yang terdapat di dalam kumpulan hadith hadith sahih yang diriwayatkan oleh ‘ulama’ Sirah
Rasulullah, Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anh telah datang menemui Rasulullah meminta izin hendak
berhijrah, setelah mana beliau dapati ramai orang Muslimin telah berturut-turut hijrah ke Madinah, jawab
Rasulullah: “Bersabarlah dahulu, sebenarnya aku menanti-nanti hingga datang keizinan dari Allah
dahulu.” Tanya Abu Bakar “Apakah memang begitu yang tuan hamba nanti-nantikan?” “Ya, memang
begitu,” jawab Rasulullah. Dengan itu Abu Bakar pun berhenti menyoal Rasulullah, dan beliau faham
yang beliau kawan menemani Rasulullah nanti, dan untuk tujuan itu beliau menyediakan dua kenderaan,
memberi makanan dan minuman yang secukupnya dalam masa empat bulan. (Lihat Hadith Bukhari
juzu’4 muka surat 355).
Pihak Quraisy begitu berhati-hati dan mengikuti pèrkembangan-perkembangan yang terakhir ini,
lebih-lebih lagi setelah mereka dapat pengikut-pengikut Rasulullah makin bertambah ramai. Paling
menarik sekali ialah pengikut-pengikut itu bukan dan Quraisy dan bukan pula anak tempatan.
Perkembangan ini menyebabkan mereka lebih berhati-hati serta timbul persoalan apakah Rasulullah akan
keluar dari Makkah, kemudian membuat persiapan di sana untuk membuat pukulan yang hebat ke atas
mereka di waktu yang munasabah.
Pihak Quraisy telah bertemu dan bermesyuarat di kelab mereka (iaitu di rumah Ubai bin Kilab),
dan sebarang ketetapan yang disepakati akan dilaksanakan. Mereka membincangkan apakah langkahlangkah
yang patut diambil terhadap Rasulullah. Pendapat dari kalangan terbanyak dari mereka bersetuju
memilih dari setiap puak seorang pemuda yang tahan lasak bagi mewakili puaknya. Kemudian tiap
seorang dari mereka diberi sebilah pedang yang tajam, lalu kesemuanya akan pergi ke rumah Rasulullah
untuk membunuh baginda dengan satu tetakan, dengan harapan bahawa tindakan demikian menyebabkan
Fiqh Al-Sirah 1
104
keturunan ‘Abdul Manaf tidak sanggup menuntut bela kepada semua puak yang terlibat itu. Untuk tujuan
itu mereka pun menetapkan suatu ketika yang tertentu tetap Jibrail ‘Alaihis salam telah mendahului
mereka, menemui Rasulullah menceritakan pakatan jahat itu, sambil menyuruh Rasulullah berangkat
untuk berhijrah dan melarang baginda tidur di tempatnya pada malam tersebut.
Di dalam Sahih Al Bukhari, Saiyidatina ‘Aisyah menceritakan: “Pada suatu masa ketika kami
berada di rumah Abu Bakar di mana udara siang begitu membakar, tiba-tiba ada orang melaung Abu
Bakar, katanya: “Hai, tengok itu Rasuluilah dengan pakaian menyamar diri, selalunya baginda tidak
pernah datang di waktu-waktu ini.” Abu Bakar berkata: “Demi Tuhan, kedatangan Rasulullah di waktu
ini, adalah untuk sesuatu yang penting.” ‘Aisyah menambah kata lagi: “Bila sampai di hadapan rumah,
baginda meminta izin, Abu Bakar pun mempersilakan Rasuluilah masuk di mana baginda turut masuk ke
dalam yang kemudian Rasuluilah berkata: “Mari kita bercakap di luar,” jawab Abu Bakar, “Mereka di
dalam ini semua keluarga RasuluIlah belaka,” kemudian barulah -Rasulullah menceritakan. Katanya,
“Sekarang ini aku telah pun diizinkan untuk keluar berhijrah” “Bolehkah tuan hamba turut menemani
tuan hamba,” tanya Abu Bakar, jawab Rasuluilah, “Ya memang” Pinta Abu Bakar “Ambillah wahai
Rasulullah salah seekor dari dua ini.” Kata Rasulullah “Dengan harga.”
Cerita ‘Aisyah lagi: “Kami pun sediakan segala persiapan secepat mungkin, begitu juga bekalan
yang telah dimasukkan ke dalam luan (uncang). Di mana Asma’ bmti Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anhuma
telah mengoyak kainnya untuk mengikat mulut luan tadi, akhirnya dikenal dengan “Zatun Nitaqain”
pemilik kain pinggang.
Lepas itu Rasulullah berkejar menemui Sayyidina ‘Ali bin Abi Talib Radiyallahu ‘anhu,
menyuruhnya tunggu di Makkah buat beberapa ketika selepas baginda berangkat hijrah, agar baginda
dapat memulangkan kembali barang-barang dan amanah yang diamanahkan kepada baginda dahulu,
kerana penduduk Makkah biasanya, kalau ada sesuatu yang hendak diamanahkan maka Rasuluilah
menjadi tempat demikian, kerana mereka tahu benar tentang kejujuran baginda dan beramanat.
Abu Bakar pula menyuruh anaknya ‘Abdullah mengintip apakah yang diperkatakan tentang
mereka berdua oleh Quraisy di siang hari dan melapurkan segala-galanya itu kepada beliau di waktu
senja. Begitu juga beliau telah menyuruh orang suruhannya ‘Amir bin Fuhairah membawa kambing
ternakan ke tempat ternakan, dan bila petang di bawa berhampiran ke pintu gua untuk mereka mengambil
susu, dan puterinya Asma’ dipinta supaya membawa makanan untuk mereka berdua kesana pada tiap
petang.
Bila malam pun tiba maka berhimpunlah pemuda tahan lasak Quraisy melingkungi rumah
Rasulullah untuk membuat perkiraan terakhir. Di dalam masa itu Rasulullah keluar dari rumahnya sambil
memukau mereka semua hingga terlena. Sebelumnya baginda meminta Saiyyidina ‘Ali supaya tidur di
tempat baginda dan baginda menenangkan Saiyyidina ‘Ali dengan mengatakan bahawa tidak ada suatu
kecelakaan pun akan datang kepadanya.
Rasulullah SailaLlahu ‘alaihi Wasailam dan sahabatnya yang akrab itu Abu Bakar RadiyaLlahu
‘anh bekejar ke gua “Thur” untuk melindungi diri buat beberapa hari. Mengikut pendapat yang terkuat
bahawa penstiwa ini berlaku pada 2hb. Rabi’ul Awwal bersamaan 20hb. September 631 T.M. tiga belas
tahun, selepas pengutusan baginda sebagai Rasul. Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anh mendahului Rasuluilah
ke gua Thur, meraba-raba dan merasa—rasa kalau—kalau ada binatang buas atau ular yang merbahaya,
asalkan Rasulullah selamat. Mereka berada di dalam gua itu selama tiga hari. ‘Abdullah putera Abu Bakar
RadiyaLlahu ‘anhuma turut tidur bersama mereka, tetapi bila hampir siang dia beredar dari situ, pulang ke
Makkah seolah-olah di kota Makkah, tugasnya membawa lapuran dan berita-berita dari Makkah dan
Amir bin Fuhairah orang suruhan Abu Bakar membawa kambing ternakan melalui jalan-jalan yang dilalui
‘Abdullah supaya kumpulan kambing itu menghapuskan kesan tapak kaki ‘Abdullah ke pintu gua itu.
Pihak Musyrikin pula telah menyusun beberapa kumpulan untuk mencari Rasulullah setelah
mereka mengetahui bahawa Rasulullah telah melarikan diri. Masing-masing mengesan jalan-jalan ke arah
Madinah dan di mana sahaja yang mereka rasa ada Rasulullah bersembunyi. Akhirnya mereka sampai ke
Gua Thur, di mana Rasulullah dan Abu Bakar mendengar dengan jelas langkah tapak kaki mereka, Abu
Fiqh Al-Sirah 1
105
Bakar merasa takut dan cemas sambil berkata: “Kalau mereka perhatikan dari bawah sudah pasti akan
nampak kita berdua. Untuk menenangkan perasaan Abu Bakar, Rasulullah telah menjawab:
“Wahai Abu Bakar, apa katamu bahawa di samping yang berdua itu ada yang ketiga iaitu Allah!
(Hadith ini dipersetujui ramai).
Allah telah memukau dan membuta sejurus mata sekelian kaum musyrikin supaya tidak teringat
mengalih pandangan ke gua itu dan tidak terlintas di kepala mereka persoalan mungkinkah wujud
manusia bersembunyi di dalam gua itu.
Setelah tidak siapa lagi mencari mereka, barulah mereka keluar dengan dipandu oleh ‘Abdullah
bin ‘Uraiqat seorang musyrikin yang telah diupah untuk menunjuk jalan rahsia dan tersembunyi dari mata
ramai menuju ke Madinah setelah mereka memastikan yang Abdullah ini boleh dipercayai. Mereka pun
menunggang kenderaan masing-masing melalui jalan tepi pantai mengikut panduan ‘Abdullah tadi.
Pihak Musyrikin telah mengumumkan satu tawaran bahawa siapa-siapa saja yang dapat
menangkap Rasulullah dan Abu Bakar mereka akan menerima ganjaran (diyah) untuk kedua—duanya.
Di suatu hari seorang lelaki telah datang menemui sekumpulan Bani Sudlij di suatu majlis
perhimpunan dan di antara mereka “Suraqah bin Ja’syam” sambil melaung; “Aku telah melihat kenderaan
di tepi pantai dan aku percaya mereka itu adalah Muhammad dan sahabatnya.” Di masa itu Suraqah
percaya bahawa kenderaan itu ialah Muhammad dan sahabatnya tetapi dengan tujuan hendak
melemahkan semangat orang lain kerana ia sendiri hendak memburu Muhammad dan sahabatnya agar ia
mendapat ganjaran yang ditawar itu maka ia bertanya, “Betulkah yang awak lihat itu pulan sipulan; kalau
begitu cepatlah beritahu pada orang-orang kita untuk mengesan mereka.” Lepas sebentar ia pun bangun
dari situ dan terus memacu kudanya mengikut jejak Rasulullah dari belakang dengan tujuan hendak
menangkap baginda dan sahabatnya; tetapi kudanya telah tersungkur, kemudian bangun sekali lagi
memburu Rasulullah sehingga sampai dekat sekali dengan Rasulullah dan terdengar olehnya apa yang
dibaca itu, di mana baginda tidak menoleh ke belakang sekali pun, tetapi Abu Bakar sebentar sebentar
menoleh ke belakang. Sekali lagi kuda yang dipacu oleh Suraqab terbenam kedua kakinya ke dalam pasir
sampai ke lutut dan setelah disebatnya kuat-kuat bangunlah sekali lagi kuda itu tetapi belum sempat
terkeluar semua kakinya, Sunaqah ternampak kepulan debu berterbangan di langit dari belakang mereka
berdua seperti asap yang tebal. Dengan itu barulah ia tahu, itulah benteng keselamatan Rasulullah, maka
perasaan takut mula terasa, lantas ia melaung dari belakang meminta pertolongan dan perlindungan.
Rasulullah dan sahabatnya yang lain pun berhenti dengan demikian barulah Suraqah dapat
menghampiri mereka. Dengan segera ia meminta ma’af dan ampun diikuti dengan tawaran untuk
memberi bekalannya kepada mereka. Jawab mereka berdua, “Kami tidak perlu itu, hanya satu sahaja,
rahsiakan perjalanan kami.” Jawab Suraqah; “maka sangguplah aku untuk itu.”
Dengan itu Suraqah pun pulang ke Makkah sambil berusaha mengelirukan pandangan ramai
mengenai Rasulullah dan sahabatnya. Demikianlah ceritanya. Di sebelah paginya ia begitu gigih berusaha
memburu dan ingin membunuh Rasulullah, setelah petang ia pulang dengan hasrat ingin melindungi dan
menyelamatkan baginda dan sahabatnya.
Ketibaan Rasulullah telah disambut baik dan meriah sekali. Buat sementara waktu baginda telah
singgah di rumah Kaithum Bin Hudm di mana Sayyidina ‘Ali telah sempat bertemu dengannya setelah
beres menyelenggarakan segala amanah yang diperamanahkan kepada kepada Rasulullah di suatu masa
dahulu. Di Quba’ ini Rasulullah telah mengasaskan sebuah masjid, masjid inilah yang pertama dibina di
bumi ‘Arab. Tuhan telah menggambarkan di dalam Al-Qur’an:MaksudNya;
“Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba’) sejak hari pertama
adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya.”
Rasulullah menyambung semula perjalanannya ke Madinah. Mengikut keterangan yang
disebutkan oleh Al Mas’udi di dalam kitabnya Muruzu al-Zahab katanya: “Rasulullah mula menjejak
tanah Madinah pada dua belas haribulan Rabi’ul Awwal. Sekelian orang Ansar mengerumuni baginda
memegang-megang tali kenderaan baginda, di mana tiap orang mempelawa dan mempersilakan
Rasulullah ke rumah masing-masing, tetapi Rasulullah menjawab kepada mereka, “Biarkan saja binatang
Fiqh Al-Sirah 1
106
ini, dia mengikut perintah.” Binatang kenderaan Rasulullah tadi berjalan terus di jalan-jalan dan loronglorong
Madinah hinggalah sampai ke suatu tapak pengering buah tamar yang dimiliki oleh dua orang
anak yatim Barn Al-Najjar berhadapan dengan rumah Abu Ayyub Al Ansari. Rasulullah pun berkata:
“Insya Allah di sinilah saya akan singgah.” Dengati serta-merta Abu Ayyub pun menjemput dan memper
silakan Rasulullah ke rumahya. Ibnu Hisham menceritakan; “Sekumpulan kaum wanita (orang suruhan)
Bani A1-Najjar telah keluar beramai-ramai menyambut ketibaan Rasulullah dengan nyanyian nasyid.
Rasulullah bertanya kepada mereka; “Apakah kamu kasihkan daku?” Jawab mereka, “Ya. Sambung
Rasulullah; “Hanya Allah yang mengetahui hati sanubariku, yang aku kasihkan kamu sekelian.”
PERSPEKTIF MENGENAI PERSINGGAHAN RASULULLAH DI RUMAH ABU AYYUB
Abu Bakar bin Abi Syaibah dan Ibnu Hisyam telah menceritakan apa yang telah diperihalkan oleh
Abu Ayyub tentang hari-hari Rasulullah bersamanya; “Ketika Rasulullah menumpang bersama kami
baginda telah memilih tingkat bawah, aku dan isteriku di tingkat atas. Sebelum itu aku telah meminta
kepada Rasulullah; “Wahai Nabi Allah demi sesungguhnya kami merasa berat hendak tinggal di tingkat
atas dan tuan hamba di sebelah bawah. Marilah kita tukar biarlah tuan hamba di atas dan hamba
sekeluarga menetap di sebelah bawah.” Jawab Rasulullah; “Wahai Abu Ayyub, adalah lebih selesa bagi
kami dan bagi orang yang menolong kami seandainya kami tinggal di tingkat bawah.”
Beliau menceritakan lagi; “Begitulah halnya kami anak beranak di atas dan Rasulullah sekeluarga
di tingkat bawah. Entah macam mana di suatu hari, buyung air terpecah, dengan segera aku dan isteriku
bangun mengambil sehelai kain kebetulan tidak ada yang lain lagi, untuk mengesat air yang tercurah ke
lantai itu, kalau—kalau ada air yang mengalir ke bawah ke atas Rasulullah di tingkat bawah nanti,
sesudah itu aku turun dan meminta juga supaya Rasulullah berpindah ke atas sehingga baginda pindah ke
atas.
Katanya lagi; “Biasanya kami memasak makanan malam kemudian menghantarnya kepada
Rasulullah, bila baginda menghantar balik setelah memakan sebahagian, kamipun menjemput makan
makanan bekas dan kesan tangan baginda untuk mendapat berkat. Di suatu malam seperti biasa kami
berikan kepada Rasulullah makanan malam antaranya ada yang tersaji dengan bawang dan bawang putih,
Rasulullah memulangkan balik makanan itu dan kami tidak nampak kesan tangan baginda, dengan segera
aku datang menemui baginda: “Wahai Rasulullah, demi sesungguhnya makanan yang tuan hamba
pulangkan itu hamba lihat tidak ada tanda kesan tangan tuan hamba, sebenarnya begini tiap kali tuan
memulangkan kembali makanan yang tidak habis itu, kami menjemput bekas-bekas jari tuan hamba, demi
mengharapkan berkat semata—mata. Jawab Rasu lullah, “Kerana aku dapati makanan itu berbau daun
sebab aku ini selalu berkhalwat dan bermunajah, tapi buat kamu semua makanlah tidak mengapa.” Jawab
Abu Ayyub; “Kami pun makanlah makanan itu. Selepas itu kami tidak sajikan lagi bawang dan bawang
putih ke dalam makanan untuk baginda.”
PENGAJARAN DAN RENUNGAN
Di muka-muka yang lepas telah kita bicarakan tentang erti hijrah dalam Islam, iaitu di dalam
mauduk hijrah dan perpindahan orang Islam ke Habsyah. Ringkasnya lebih kurang begim: Tuhan telah
meletakkan kesucian agama dan ‘aqidah itu lebih dari yang lain. Tidak ada erti bagi tanah, negara, harta
kekayaan dan pangkat kebesaran sekiranya ‘aqidah dan syi’ar agama terancam, musnah dan disusuhi.
Oleh yang demikian maka Allah mewajibkan ke atas setiap hambanya agar mengorbankan segala-galanya
sekiranya keadaan memaksa demi kepentingan ‘aqidah dan Islam.
Telah kita tegaskan di sini juga, sesungguhnya memang menjadi sunnah Allah di bumi ini telah
menjadikan kekuatan rohani yang ternukil di dalam ‘aqidah kepercayaan yang sihat dan agama yang
benar itu sebagai pengawal kepada kekuatan maddi dan material. Suatu umat yang begitu tebal dan kaya
dengan akhlak susilanya yang sihat, begitu teguh berpegang dengan ajaran agama di kala itu juga
kekuatan materialnya. seperti negara, hartabenda dan pangkat akan kekal lebih utuh dan kukuh.
Andaikata ia papa dan miskin dan segi akhlaq, tidak senonoh dalam kepercayaan ‘aqidahnya, maka
kekuatan materialnya juga turut lemah dan tergugat. Telah kita tugaskan bahawa sejarahlah yang menjadi
saksi utama tentang kebenaran perkara ini.
Fiqh Al-Sirah 1
107
Untuk demikian maka Allah ‘Azza wajallah telah mewajibkan dasar mengorbankan harta dan
negara demi kepentingan ‘aqidah dan agama sekiranya keadaan memaksa. Dengan berbuat demikian akan
terjamin keselamatan harta benda, negara dan jiwa, walaupun pada mulanya nampak merugikan segalagalanya.
Perpindahan Rasulullah sudah cukup untuk memberi satu bukti yang nyata tentang apa yang
ditegaskan di atas. Secara kasar, tindakan meninggalkan negara itu bererti menghilang atau
melenyapkannya. Pada hakikatnya, itulah sebenamya bentuk pengorbanan dan pemeliharaan yang sejati.
Boleh jadi pembelaan dan pengorbanan itu nampak seolah—olah peninggalan dan pembelakangan.
Baginda telah pulang setelah berada di dalam buangan (hijrah) beberapa tahun ke bumi pertiwinya yang
penduduknya pemah menghalau baginda dengan penuh kemegahan dan kekuatan tanpa diganggu oleh
sesiapapun. Sedangkan dahulunya semua orang menanti-nanti sahaja peluang baik untuk memusnahkan
diri baginda. Tercapai segala-gala ini adalah hasil dan tertegaknya agama dan keagungannya.
Berbalik kita kepada cerita yang telah kita lukiskan tadi, kemudian cuba perhatikan dengan penuh
hemat agar dapat kita ambil beberapa petanda penting untuk panduan kepada setiap Muslim:
(1) Yang paling nyata sekali dan kesan perpindahan baginda ‘Alaihis salatu Wasallam, ialah
tentang tawaran dan pelawaan kepada Abu Bakar untuk menyertai bersama-sama baginda sebagai teman
di dalam perjalanan yang mulia itu.
Para ‘ulama’ seluruhnya telah mengambil kesimpulan tentang betapa kasih dan sayangnya
Rasulullah terhadap Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anhu. Beliau adalah sahabat yang paling akrab sekali. Oleh
yang demikian maka beliau lebih utama memegang tampuk pemerintahan dan jawatan khalifah selepas
baginda SallaLlahu ‘alaihi Wasallam wafat. Untuk menguatkan lagi hujah ini masih terdapat beberapa
peristiwa lain yang antaranya ialah pemilihan yang dibuat oleh Rasulullah terhadap Abu Bakar
RadiyaLlahu ‘anhu buat menggantikan baginda menjadi imam sembahyang bersama orang ramai semasa
baginda sakit. Di sana beliau enggan menyuruh orang lain. Begitu juga hadith yang bermaksud:—
“Kalaulah hendakku jadikan teman kesayangan maka Abu Bakarlah teman kesayanganku”.
Dari mula lagi kita dapat melihat atau perhatikan di samping keistimewaan-keistimewaan yang
mulia, yang telah dianugerahkan kepadanya oleh Allah Subhanahu Wata’ala, beliau juga contoh tauladan
seorang sahabat setia dan jujur malah mengorbankan segala-gala apa yang termiik olehnya jiwa, raga dan
seluruhnya demi perjuangan Rasulullah. Bukankah sudah kita perhatikan di mana beliau enggan
melepaskan Rasulullah masuk dahulu ke dalam gua, sebaliknya beliau sendiri mendahuluinya bagi
memastikan apakah terdapat binatang buas, ular yang bisa atau bahaya yang lain yang akan mengancam
keselamatan Rasulullah. Biarlah beliau yang musnah asalkan Rasulullah selamat. Kita perhatikan lagi di
mana beliau telah mengatur serta mengerahkan tenaga putera-puteri beliau. orang suruhan dan gembala
kambingnya demi menggabungkan tenaga bakti dan pengorbanan untuk dicurahkan demi kepentingan
Rasulullah dan melicinkan perjalanan yang mulia lagi jauh itu.
Demi sesungguhnya itulah kewajipan yang mesti ditauladani oleh setiap Muslim yang telah
beriman dengan Allah dan RasulNya. Sebagai sokongan kepada tindakan Abu Bakar ini, Rasulullah telah
bersabda yang bermaksud: “Tak beriman seseorang itu kecuali setelah aku ini (Rasulullah) lebih kasih
kepadanya dan anak, ibu-bapanya dan manusia seluruhnya”. (Hadith yang dipersetujui ramai).
(2) Mungkin terlintas di sanubari kita untuk membuat perbandingan di.antara hijrah ‘Umar bin Al
Khattab RadiyaLlahu ‘anh dengan hijrah Rasulullah di mana akan timbul pertanyaan; “Kenapa Saiyyidina
‘Umar berhijrah secara terang terangan malah mencabar puak Quraisy dan Musyrikin pula tanpa takut
dan gentar sesuatu pun, sedangkan Rasulullah pula keluar bersembunyian serta berjaga-jaga. Apakah
Saiyyidina ‘Umar lebih berani dan lebih gagah dari Rasulullah?”
Sebagai jawapan, tindakan ‘Umar bin A1-Khattab dan orang Islam yang lain selain dari
Rasulullah adalah tindakan perseorangan semata-mata, tidak boleh dijadikan hujjah dan dalil dalam
syari’ah tiap seorang bebas untuk memilih cara dan jalan untuk ia bentindak keselesaan jiwanya seimbang
dengan keberanian dan keimanannya dengan Allah Subhanahu Wata’ala.
Fiqh Al-Sirah 1
108
Apa yang dilakukan oleh Rasulullah adalah suruhan dan perintah. Segala tindakan baginda
berhubung dengan agama adalah syari’ah. Oleh yang demikian maka Sunnah dan Hadith Rasulullah iaitu
cabangan dan ucapan, tindakan, perangai dan persetujuannya menjadi sumber kedua dalam syari’ah
Islam. Andaikata Rasulullah telah bertindak seperti mana yang telah dilakukan oleh Sayyidina ‘Uman,
maka manusia melihat dan mengira inilah cara yang diwajibkan, tidak harus berjaga-jaga, berwaspada
dan bersembunyi di kala bahaya; sedangkan Allah ‘Azza Wajalla, telah menegakkan syari’atNya di dunia
ini mengikut musababnya. Sebenarnya segala-galanya itu adalah Allah yang menyebabkan demikian.
Untuk demikian itulah maka Rasulullah telah menggunakan sebab-sebab dan cara—cara yang
nyata, yang terdaya difikirkan oleh akal fikiran manusia di waktu-waktu seumpama ini agar tidak
tertinggal suatu jalan pun tanpa dipergunakan, ‘Ali bin Abi Talib RadiyaLlahu ‘anh tinggal di tempat
tidur serta menyelimut dengan kain selimut. Baginda juga mengambil salah satu orang Musyrikin setelah
dipastikan kejujurannya untuk menunjukkan jalan-jalan yang tidak disangka oleh pihak seteru. Kemudian
baginda tinggal bersembunyi di dalam gua selama tiga hari dan seterusnya. Segala apa sahaja yang dapat
dipergunakan untuk keselamatannya yang terfikir oleh ‘akal manusia, telah dipergunakan dengan tujuan
menerangkan kepada manusia umum bahawa untuk beriman kepada Allah ‘Azza Wajalla, tidak salah atau
bertentangan untuk mengambil kesempatannya menggunakan alasan dan sebab-sebab yang wajar, yang
memang merupakan iradat Tuhan menjadikan sebab—sebab dan upaya ikhtiar itu untuk manusia.
Berteduh dan berselindung di dalam gua bukanlah membuktikan yang baginda takut atau pengecut
takut jatuh ke tangan Musyrikin sebelum sampai ke Madinah. Sebagai buktinya, bila saja helah-helah
pengeliruan yang boleh dipergunakan sudah tidak ada lagi (iaitu dikatakan sebab—sebabnya tadi) dan
orang—orang musyrikin merayau—rayau di keliling gua Sekiranya mereka perhatikan dari bawah akan
ternampaklah mereka berdua yang tersembunyi itu, di kala itu Abu Bakar terasa takut dan curiga maka di
masa itu Rasulullah menegaskan pada Abu Bakar untuk menenangkan hati beliau dengan katanya:
“Apakah perasaan tuan hamba bahawa Allah berada di samping kita berdua.” Kalaulah benar-benar
Rasulullah bergantung sepenuhnya kepada helah semata-mata sudah pasti akan terasa takut bilamana
helah dan cara pengeliruan tadi sudah tiada lagi.”
Dan sini dapatlah kita simpulkan bahawa menggunakan helah-helah dan kewaspadaan tadi adalah
salah satu tugas yang disuruh oleh agama. Setelah helah-helah tadi sudah tidak ada atau tidak guna lagi
maka hati dan jiwa kembali menyerah kepada Allah ‘Azza Wajalla dengan penuh harapan dengan
pembelaan dan taufiqnya. Segala peristiwa ini adalah untuk seluruh kaum Muslimin mengambil
pengajaran bahawa untuk menggantungkan harapan di dalam segala urusan tidak harus diharap dan
diarahkan kecuali kepada Allah ‘Azza Wajalla sahaja dan perlu diingat bahawa tindakan ini tidak
bertentangan dengan usaha menggunakan sebab musabab, usaha ikhtiar atau helah daya manusia yang
dijadikan Allah di seluruh ‘alam.
Di antara bukti yang nyata tentang apa yang kita katakan tadi ialah perasaan Rasulullah ketika
Suraqah pemburu yang cuba membunuh baginda sudah begitu hampir maka di masa itu baginda akan
terasa gentar dan takut kerana baginda semata— mata bergantung kepada helah semata-mata saja. Tetapi
apa yang kita lihat Rasulullah tidak menoleh langsung ke belakang untuk melihat apakah pemburu itu
sudah hampir atau masih jauh lagi. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah di masa itu ialah membaca,
berzikir dan memohon restu dan Tuhannya kerana baginda yakin, Allah Subhanahu Wata’ala yang telah
memerintahkannya berhijrah maka Allah jua yang melindunginya dari manusia durjana dan kejahatan
mereka.
(3) Kelewatan Saiyyidina ‘Ali di Makkah ialah untuk membereskan segala amanah yang telah
diamanahkan orang orang Makkah kepada baginda di masa sebelumnya. ini menunjukkan suatu petanda
yang terang tentang pertentangan yang ganjil di kalangan kaum musyrikin, dalam masa mereka menuduh
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ini sebagai seorang penipu, pendusta, tukang tenung dan
sebagainya. Mereka tidak berjumpa dengan seorang yang lebih amanah dan jujur dan Nabi Muhammad,
harta dan barang—barang yang hendak ditinggalkan mereka amanahkan kepada Rasulullah...Inilah yang
menunjukkan kekufuran ketidakpercayaan mereka dengan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
bukanlah kerana sangsi dan syak wasangka mereka terhadap Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam,
Fiqh Al-Sirah 1
109
tetapi kerana bongkak senta takabbur dengan apa yang dibawa oleh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam, juga kerana takut-takut akan hilang kuasa dan tangan mereka.
(4) Dapat kita perhatikan juga kesungguhan ‘Abdullah bin Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anhuma
melakukan segala apa yang diperlukan oleh Rasulullah. Antaranya berulang-alik antara Makkah dan gua
tempat persembunyian, mengintip rahsia dari kalangan kaum musyrikin Makkah dan membawa
kepengetahuan Rasulullah dan bapanya. Begitu juga kakaknya Asma’ RadiyaLlahu ‘anhuma yang
bertungkus lumus menyediakan makanan dan kenderaan serta keperluannya. Semuanya ini memberikan
kita suatu gambaran yang wajib dibeban oleh setiap Muslim lelaki maupun perempuan ke jalan Allah
demi untuk melaksanakan seluruh prinsip Islam dan menegakkan sebuah masyarakat Islam sejati. Tidak
memadai setakat untuk diri sendiri atau setakat beribadat sahaja. Malah mestilah dicurahkan segala daya
dan tenaga yang terdapat dengan penuh kesungguhan ke arah kepentingan Islam. Itulah kelebihan dan
keistimewaan setiap pemuda demi Islam dan Muslimin di setiap masa.
Demikianlah kalau kita perhatikan mereka yang bersama sebilangan besar adalah terdiri dari
kasteria yang belum melewati batas usia keremajaan. Mereka ini tidak akan membuang masa dengan
percuma tanpa suatu malah mereka menggunakan segala tenaga, daya dan usaha yang terdaya demi
menegakkan Islam dan mendirikan masyarakatnya.
(5) Tentang apa yang terjadi ke atas Suraqah dan kudanya ketika memburu Rasulullah tidak harus
diihat begitu sahaja tanpa mengambil suatu pengajaran bahawa itulah mukjizat luar biasa kepada
Rasulullah. Perkara ini dipersetujui oleh semua imam hadith tentang kebenaran dan sahihnya. Di antara
mereka ialah Al-Bukhari dan Muslim. Mu’jizat ini adalah salah satu di antara kejadian mu’jizat yang
pernah kita perkatakan dahulu.
(6) Di antara peristiwa mu’jizat yang telah temampak ialah ketika Rasulullah hendak keluar dari
rumahnya yang telah dilengkungi oleh Musyrikin yang bertujuan jahat, iaitu membunuh paduka
Rasulullah tetapi gerombolan dan pemuda yang tahan lasak yang berniat jahat itu telah terlena sejurus
yang kemudian disusuli dengan tempelak yang lain iaitu menabur tanah ke atas kepala mereka semasa
Rasulullah keluar berlalu dan rumahnya itu sambil baginda membaca sepotong ayat Al Qur’an yang
bermaksud: “Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan Kami tutup (mata) mereka sehingga
mereka tidak dapat melihat.”
Peristiwa mu’jizat ini dianggap sebagai pengisytiharan Allah Ta’ala kepada seluruh kaum
Musyrikin untuk setiap masa dan di mana mereka berada, bahawa segala macam penyiksaan dan
gangguan yang sengaja dilakukan ke atas baginda kerana agama yang dibawanya itu, tidaklah bererti
yang Allah Subhanahu Wata’ala telah membelakangkan atau meninggalkan baginda keseorangan tanpa
pertolongan. Bagi pihak Musyrikin dan kuncu-kucunya mereka tidak harus bergelak ketawa dengan
penyiksaan dan penganiayaan mereka itu kerana pertolongan Allah terlalu hampir dan pasti. Kemudahan
Ilahi untuk memberi kejayaan itu akan terlaksana bila—bila masa sahaja.
(7) Sambutan yang meriah yang ditunjukkan oleh pihak Madinah mempamirkan kepada kita suatu
gambaran betapa cintanya mereka kepada Rasulullah dan betapa geloranya perasaan kasih dan cinta orang
Ansar penduduk Madinah lelaki mahu pun perempuan, tua mahupun muda, dewasa dan kanak-kanak
terhadap RasuluLlah; betapanya hebat perasaan sayang mereka sehingga setiap hari mereka keluar
beramai-ramai menanti-nanti ketibaan Rasulullah, dengan tidak menghiraukan panas bahang matahari
yang membakar. Bila matahari membenamkan diri di ufuk barat dan siang menghilang diri baru mereka
menyusur pulang dengan membawa harapan untuk bertemu baginda di esok hari. Setibanya Rasulullah
dengan kuda baginda yang mula melangkah masuk ke pangkuan bumi Yathrib (Al-Madinah) maka hatihati
yang begitu lama diayak oleh gelombang perasaan dengan suara seirama dan senada
mengumandangkan lagu-lagu dan qasidah menggambarkan keriangan mereka dengan ketibaan
Rasulullah, perasaan dan kejujuran mereka dibalas dengan perasaan dan kejujuran yang sama. Nabi
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan senyum bertanya kepada wanita-wanita Barn Al-Najar
yang mengalunkan nasyid dan lagu-lagu menyambut kedatangan baginda: “Apakah kamu kasihkan daku?
Demi Tuhan sesungguhnya hatiku kasihkan kamu sekelian.”
Fiqh Al-Sirah 1
110
Segala-galanya ini membuktikan kepada kita bahawa kasih Rasululiah bukanlah semata-mata
mengikutinya, tetapi perasaan cinta itu ialah asas dan motif ke arab mengikut dan menta’ati segala
suruhan yang lain. Andaikata tanpa perasaan cinta yang berakar-umbi dari dasar hati maka, tidak akan
timbul keinginan untuk menjalankan suruhan yang lain.
Alangkah sesatnya segolongan yang menganggap apa yang dikatakan cintakan Rasulullah itu
semata-mata mengikut dan berpandu dengan ajaran atau ‘amalan baginda sahaja dengan tidak disertai
suatu perasaan pun. Mereka sudah terlupa bahawa mengikut dan menta’ati yang sebenarnya tidak akan
wujud tanpa didorong oleh suatu perasaan atau didesak oleh tekanan hati sanubari, tidak akan wujud
keinginan untuk mengikuti dan mematuhi suruhan tanpa cinta yang menggoncang seluruh perasaan. Oleh
yang demikian maka Rasulullah telah memperkenalkan kepada kita sukatan atau ukuran keimanan
dengan Allah itu ialah kasih dan cintanya itu mengatasi segala cinta, mengatasi cinta terhadap anak,
ibubapa dan manusia lain. ini menunjukkan yang perasaan cintakan Rasulullah itu setaraf dan sejenis
dengan perasaan cinta kepada anak atau ibubapa. Tegasnya dua perasaan cinta ini mengalir dari perasaan
yang sama. Sekiranya tidak demikian maka tidak sahlah penegasan dan perbandingan di antara keduanya.
(8) Satu lagi gambaran yang kita dapat perhatikan ialah mengenai persinggahan Rasulullah di
rumah Abu Ayyub Al Ansari. Peristiwa ini merupakan satu simbul lagi yang mendedahkan kepada kita
betapa kasih dan cintanya para sahabat Rasulullah kepada baginda.
Apa yang perlu kita titik-beratkan di sini ialah Abu Ayyub dan isterinya yang telah mengambil
berkat jari Rasulullah yang terdapat di makanan yang dikembalikan oleh Rasulullah kepada mereka.
Kesimpulannya ialah mengambil berkat bekas-bekas Rasulullah itu adalah antara ajaran yang disuruh
oleh syara’ dan Islam.
Al Bukhari dan Muslim banyak sekali meriwayatkan kisah-kisah sahabat Rasulullah yang
mengambil berkat dengan bekas-bekas yang telah digunakan oleh baginda untuk berubat, mendapat
jagaan dan taufik dan sebagainya.
Antara kisah yang diriwayatkan oleh Al Bukhari di dalam bab pakaian di bawah tajuk “perihal
uban”, di mana Ummu Salamah isteri Rasulullah telah menyimpan beberapa helai rambut baginda di
dalam botol atau sebagamya, sekiranya salah seorang kena sakit mata atau sakit, mereka akan dikirimkan
sebekas air kepada Ummu Salamah yang kemudian beliau memasukkan helaian rambut tadi ke dalam air
yang dikirim, kemudian mereka meminum air itu dengan harapan akan sembuh dan berkat.
Muslim pula telah membawa suatu riwayat di dalam satu bab di bawah judul “Keharuman peluh
Rasulullah” selalunya baginda menziarahi rumah Ummu Salim dan sering berbaring serta tidur. Pada
suatu hari Rasulullah masuk tidur ke tempat tidurnya, selepas itu Ummu Salim pun pulang, didapati
badan Rasulullah berpeluh, lantas beliau mengambil sekeping kulit membiarkan peluh baginda meleleh
ke atasnya, dan mengambil sesuatu dan peti simpanannya untuk mengesat peluh yang mengalir itu yang
kemudian diperah masuk ke dalam botol. Bila Rasulullah tersedar dan tidur, baginda bertanya: “Apa yang
kamu buat ini wahai Ibnu Salim? Jawabnya “Wahai Rasulullah aku mengharap untuk mendapat berkat
untuk anak cucu kami”. Jawab Rasulullah, “benar apa yang kamu lakukan.”
Begitu juga perihal-perihal yang terdapat dalam kedua dua kitab hadith mengenai para sahabat
yang sering mengambil baki air wudhu’ (air sembahyang) baginda yang tidak habis untuk mendapat
berkat. Begitu juga bekas-bekas lain seperti pakaian dan cawan minuman baginda.
Sekiranya inilah keadaan mereka yang selalu mengambil berkat dan merestui sesuatu dengan
kesan—kesan dan bekas benda dan objek maddiyah maka bagaimana pula dengan mereka yang
mengambil berkat dan restu dan martabah atau kedudukan baginda di sisi Allah? Dan bagaimana pula
berkatnya jika baginda itu rahmat untuk sekelian ‘alam?
Saya rasa memadai setakat ini untuk mengulas perihal peristiwa perpindahan (hijrah) Rasulullah
di mana kita akan memperkatakan selepas ini perihal usaha-usaha mulia yang dilaksanakan oleh paduka
Rasul demi masyarakat baru di Madinah Munawwarah.
Rabu, 08 Desember 2010
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
1 komentar:
Tonic Guitar chords, Vocals | Tuley's Arts
Tonic Guitar chords, Vocals. Tonic chords, titanium tv Vocals. Tonic chords, titanium flash mica Vocals. Tonic chords, Vocals. Tonic chords, samsung galaxy watch 3 titanium Vocals. titanium white dominus Tonic chords, Vocals. Tonic 2020 edge titanium chords,
Posting Komentar