PERANAN DAN PERLUNYA RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD DALAM MEMAHAMI
ISLAM
Tujuan mengkaji riwayat hidup RasuluLlah dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita rnenganggap kajian sejarah hidup RasuluLlah ini sama dengan membaca dan menala’ah sejarah para pemerintah (khali fah) di zaman purbakala.
Tujuan pokok dan kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami,
menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin (defakto) Islam semuanya teradun di dalam penghidupan RasuluLlah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah Seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu.
Tegasnya kajian riwayat hidup RasuluLlah SallaLlahu ‘a1aihi Wasallam ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alabi Wasallam.
Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bo lehlah dibahagikan seperti berikut:
1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana hidup baginda sendiri. Ini adalah untuk menentukan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu bukan sebagai manusia pintar tetapi Ianya adalah pesuruh Allah Subhanahu Wa ta’ala yang menerima Wahyu dan taufiq dariNya.
2.Supaya manusia seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang unggul dalam segenap lapangan hidup yang harmoni, dari itu juga dapat dijadikan sebagai dasar dasar hidupnya. Andaikata manusia ingin mencari suatu contoh terbaik bersifat universal, mereka akan dapat Semuanya di dalam kehidupan Muhammad SallaLlahu ‘alai hi Wasallam, maka tidák hairanlah mengapa Allah menjadikan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu sebagai contoh kepada umat manusia. Untuk demikian maka
Allah telahpun menegaskan dalam Kitab SuciNya:
( لَقَدْ آَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن آَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَآَرَ اللَّهَ آَثِيرًا ( 21
Yang bermaksud;
Sesungguhnya pada (diri) RasuluLlah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan)kamu (Al-Ahzab 33 : 21)
3. Semoga kupasan tentang kehidupan Muhammad SallaL lahu ‘alaihi Wasallam boleh menolong manusia mema hami dan mengecapi isi kandungan Al-Qur’an lantaran banyaknya ayat-ayat Al-Qur’an yang dihurai dan ditafsirkan oleh kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarah hidup Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
4. Agar setiap Muslim dapat mengumpulkan seberapa banyak yang boleh perbendaharaan kebudayaan dan pe ngetahuan Islam yang sebenar samada pengetahuan bersangkutan dengan ‘aqidah kepercayaan, hukum hakam’ dalam Islam atau tatasusilanya. Lebih tegas lagi penghidupan RasuluLlah SallaLlahu Fiqh Al-Sirah 1
9
‘alaihi Wasallam adalah satu gambaran dengan dimensinya yang jelas bagi prinsip-prinsip dan hukumhukum Islam.
5. Membolehkan para pendidik penda’wah Islam mencontohi dan mengajar, mengikut sistem pendidikan dan peng ajaran yang sihat kerana Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sendiri adalah sebagai pendidik, penasihat, guru dan pertunjuk yang utama, tidak pernah membuang masa begitu sahaja malah sentiasa mencari dan menyiasat jalan jalan dan sistem—sistem pengajaran yang terbaik semasa baginda (SallaLlahu ‘alaihi Wasallam) berda’wah.
Antara faktor yang menjadikan sejarah Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ini mampu dan berupaya untuk sampai ke matlamat—matlamat tadi ialah kerana sejarahnya lengkap meliputi segenap bidang kehidupan sama ada segi kemanusiaan mahupun kemasyarakatan yang terdapat di kalangan manusia lain; samada ianya sebagai seorang individu yang bebas dengan faham pembawaannya atau sebagai seorang anggota masyarakat yang cergas dan terpengaruh oleh unsur—unsur yang terdapat di dalam masyarakatnya.
Sejarah Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam meng bidangkan kepada kita sejambak contoh utama bagi seorang pemuda yang waras; peribadinya yang dipercayai orang di ka langan keluarga dan sahabat; seorang manusia yang menyeru umat manusia ke jalan Allah secara lemah—lembut dan bersopan-santun; seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan seruan Allah; seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan cekap dan pintar; seorang suami yang halus pergaulannya; seorang bapa yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan
terhadap anak dan isteri; seorang ketua turus agung peperangan yang cergas, penuh dengan tektik strategi persediaannya dan seorang Muslim yang waras lagi bijak membahagikan dedikasinya kepada Allah,keluarga dan sahabat handai (RadiyaLlahu‘anhum ajma’in).
Tidak syak lagi bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ialah memahami semua sudut kemanusiaan.
SUMBER-SUMBER SEJARAH RASULULLAH
Berhubung dengan sumber-sumber sejarah RasuluLlah bolehlah kita bahagikan seperti berikut:
Pertama: Kitabullah (A1-Qur’an)
Ianya merupakan sumber utama untuk memahami garis-garis kasar penghidupan Muhammad RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Pendedahan sejarah hidup RasuluLlah dalam al—Qur’an melalui salah satu aliran berikut:
a. Memaparkan beberapa bahagian dati penghidupan baginda, seperti ayat-ayat yang diturunkan mengenai peperangan Badar, Uhud, al Khandaq atau al Ahzabjuga seperti kisah perkahwinannya dengan Zainab binti Jahsy.
b. Mengulas pertempuran-pertempuran dan kejadian-kejadian ini adalah untuk memberi penjelasan selanjutnya kepada apa yang dimusykilkan atau untuk menerangkan beberapa kesamaran tentang pertempuran dan peristiwa-peristiwa atau untuk menarik perhatian umat Is1am terhadap sesuatu iktibar.
Sebenarya segala-galanya ini mempunyai makna dan hubungkait yang amat rapat dan mesra dengan sejarah dan riwayat bidup RasuluLlah SallaLlahu alaihi Wasal lam. Kesemuanya ini menampakkan
kepada kita sebahagian besar danpada aspek-aspek penghidupan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan hal ehwal yang bersangkutan dengannya.
Sebenarnya pendedahan Al-Qur’an Al-Karim tentang segala-galanya ini adalah terlalu ringkas dan padat, meskipun cara dan aliran pendedahan tadi kadang kalanya berlainan di antara satu sama lain namun begitu kesemuanya ini tetap memaparkan cebisan-cebisan dan penerangan secara ringkas terhadap pertempuran dan kejadian yang bersejarah. Memang ini adalah jalan dan aliran Al-Qur’an Al-Karim di dalam menceritakan perihal-perihal para Anbiya’ yang terdahulu dan umat manusia di zaman silam.
Fiqh Al-Sirah 1
10
Kedua: Kitab Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (Hadith hadith).
Hadith-hadith Nabi yang sahih. Hadith yang dimaksudkan di sini ialah isi kandungan Kitab-kitab Hadith
yang terkenal dengan kebenaran dan amanahnya, seperti Kitab Hadith Al Muwatta’ oleh Imam Malik, Al
Musnad oleh Imam Ahmad dan lain—lainnya.
Sumber yang kedua ini lebih luas dan terperinci dari yang pertama. Sungguhpun begitu mungkin
kita tidak dapat memberikan suatu gambaran yang lengkap tentang kehidupan Rasu luLlah SallaLlahu
‘alaihi Wasallam sejak dilahirkan hingga wafat nya kerana beberapa sebab:
a. Oleh kerana Kitab-kitab Hadith ini disusun mengikut maudu’ atau tajuk-tajuk fiqah ataupun mengikut
unit-unit kajian yang bersangkut dengan syari’at Islam maka hadith hadith yang menceritakan tentang
penghidupan RasuluLlah berselerak dan berkecamuk dalam maudu’-maudu’ fiqah.
b. Oleh kerana para ahli hadith, terutamanya penyusun kitab hadith yang enam tidak memerhatikan soal
ini ketika mengumpulkannya untuk disusun mengikut sejarah hidup RasuluLlah, apa yang mereka titik
beratkan ialah penyusunan mengikut maudu’ atau tajuk-tajuk fiqah seperti yang disebut tadi.
Ketiga: Kitab-kitab Sejarah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
Perihal riwayat hidup Muhammad RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam di zaman silam adalah
melalui dan mulut ke mulut tanpa mendapat perhatian untuk dibukukan, walaupun terdapat sebilangan
kecil yang cuba menitikberatkan perhatiannya terhadap kejadian dan peristiwa-penistiwa dalam
sejarahnya itu.
Setelah beberapa ketika terdapat beberapa orang cuba mencatit riwayat hidup RasuluLlah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ala kadar yang sampai ke pengetahuannya antara mereka seperti ‘Urwah
Ibnu Al Zubair (wafat, 92H), Abari bin ‘Othnan (wafat, 105H), Wahb in Manbah (wafat, I1OH),
Syarhabil bin Sa’d (wafat. 123H) dan Ibnu Syihab Al Zubri (wafat, 124H).
Sayangnya apa yang dituliskan oleh mereka ini telah hilang. Hanya tinggal-beberapa bahagian
yang tercamuk, setengahnya terdapat dalam kitab Al-Tabani manakala sebahagian yang lain pula
tersimpan di bandar Heidelberg di Jerman. Bahagian yang tersimpan di Jerman ini ialah sebahagian dan
tulisan Wahb bin Manbah (1IOH).
Kemudian timbul pula satu angkatan penyusun riwayat hidup RasululLah SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam yang terkemuka antara mereka ialah Muhammiad bin Isbaq (wafat, 152H) kemudian lapisan
kedua, antara mereka ialah Al Waqidi (wafat, 207H) dan Muhammad bin Sa’ad (wafat pada tahun
230H) penyusun kitab Al-Tabaqat Al-Kubra.
Ahli sejarah sebulat suara mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh Muhammad bin Ishaq
merupakan satu-satunya makiumat (dokumen) sejarah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang
paling benar dan boleh dipegang. Tetapi malangnya kitab beliau yang berjudul Al Maghazi Wa Al Siyar
telah hilang dan kehilangannya mengakibatkan hilangnya intisari perpustakaan di zaman itu.
Setelah masa beredar setengah abad lamanya barulah timbul seorang jaguh yang lain iaitu Abu
Muhammad Abdul Malek yang lebih dikenal dengan Ibnu Hisyam, beliau telah menghidangkan
kepada kita saringan sejarah RasuluLlah Sal laLlahu ‘alaihi Wasallam dengan cara yang menarik sekali.
Sebenarnya apa yang dikarang oleh Ibnu Hisyam itu adalah kandungan “Al Maghazi Wa Al Siyar”
yang dikarang oleh Ibnu Ishaq dalam bentuk ringkasan.
Ibnu Khillikan telah menegaskan dalam bukunya begini:
“Ibnu Hisyam ini ialah orang yang mengumpulkan Riwayat RasuluLlah daripada Kitab “Al
Maghazi Wa Al Siyar” yang dikarang oleh Ibnu Ishaq setelah disaring dan dibuat beberapa
pembaharuan, tambahan dan ringkasan. Kemudian hasil itu dikenali dengan nama “Sirah Ibnu
Hisyam “.
Akhirnya barulah orang lain cuba mengikuti jejak langkah mereka ini dalam usaha mengarang dan
menyusun sejarah hidup RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, terdapat antara mereka yang cuba
membentangkan pelbagai aspek hidup Rasu luLlah SallaLlahu ‘alaibi Wasallam. Sebahagian dan mereka
Fiqh Al-Sirah 1
11
yang lain pula cuba mengkaji sudut-sudut hidup Baginda yang tertentu, seperti Al Asfahani dalam
bukunya “Dala’il Al Nu buwwah” dan “Tanda-tanda Kenabian”. Imam Tarmidzi pula dalam kitabnya (Al
Asy Syamail) cuba menyingkap aspek yang tertentu dan begitu juga Ibn Al Qayyim Al Jauziy dengan
bukunya “Zad Al Ma’ad”.
RAHSIA PEMILIHAN SEMENANJUNG ‘ARAB SEBAGAI TAPAK PANCARAN AGAMA
ISLAM
Sebelun kita memperkatakan sesuatu tentang sejarah hidup RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan
Semenanjung ‘Arab di mana baginda hidup dan dipiih sebagai Rasul, ada baiknya kalau kita cuba
menyingkap hikmat-hikmat Allah, mengapa terpiihnya RasuluLlah dan bumi ini dan bangsa ‘Arab pula
sebagai pembawa ubor da’wah Islamiyyah.
Untuk mengetahui segala-segalanya pertama kita mesti mengetahui keistimewaan bangsa ‘Arab
dan perangai serta tata penghidupannya sebelum Islam dan keadaan muka bumi (geografi) dan
persekitarannya. Kemudian barulah kita membuat perbandingan dengan bangsa-bangsa yang hidup
sezaman dengannya seperti Romawi, Greek dan India termasuk adat resam, tatasusila dan keistimewaan
tamaddun mereka.
Pertamanya, marilah kita mengkaji secara sepintas lalu bangsa-bangsa yang hidup di sekitar tanah
‘Arab sebelum Islam:
Dunia di kala itu boleh dikatakan telah dikuasai dan dikepalai oleh dua negara yang gagah iaitu
Parsi dan Romawi dan disenarai yang kedua pula ialah Greek dan India. Parsi di kala itu merupakan arena
pertarungan agama dan falsafah yang beranika corak. Pembesar dan pemerintah pada keseluruhannya
menganut agama Majusi (Zuradisy) yang mana antara ajarannya menggalakkan lelaki berkahwin dengan
ibunya, anak perempuannya atau adik dan saudara perempuannya.
Empera Yazdajrid kedua yang memerintah di pertengahan abad kelima Masihi telah berkahwin dengan
anak perempuannya. Bukan setakat itu sahaja malah tatasusila dan sopan-santun telahpun terpesong dan
garis-garis yang bersifat kemanusiaan.
Mengikut apa yang ditegaskan oleh Al Imam Al Shahrastani dalam kitabnya yang berjudul Al-
Milal Wa Al-Nihal, terdapat antara ajaran agama Mazdak yang menyebut bahawa kebebasan kaum
wanita tiada hadnya. Begitu juga dengan kebebasan menggunakan harta benda dan seterusnya menjadikan
wanita dan harta benda ini kepunyaan dan hak milik bersama, tidak ubah seperti air, api dan rumput di
mana semua manusia boleh berkongsi tanpa sekatan.
Seruan ini telah mendapat sambutan yang begitu hangat dan karangan mereka yang memang
berhaluan demikian.
Kerajaan Romawi (Rome) pula begitu meluap-luap dengan jiwa dan semangat penjajahan dan
bergelut dalam persengketaan agama dengan pihak Kristian negeri Syam (Syria) dan Mesir. Ia bergantung
penuh kepada kekuatan angkatan tenteranya dan cita-cita penjajahannya yang berkobar-kobar dalam
rangka percubaan memodenisasikan agama Kristian untuk di sesuaikan dengan matlamat mencapai citacita
dan kemahuannya.
Negara ini juga berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir dan negara Parsi, yang hidup
dengan segala kemewahan iaitu kemewahan dalam kemerosotan ekonomi dan pemerasan terhadap rakyat
jelata. Kenaikan cukai yang begitu melambung tinggi merupakan suatu gejala yang biasa dan telah
menjadi satu lumrah.
Greek tua pula tenggelam ke dasar lautan khurafat dan dongeng yang tidak memberi sebarang
faedah dan natijah yang berguna sama sekali. Negara India pula di kala itu menurut Professor Abul
Hassan Al Nadwi telah menegaskan bahawa ahli sejarah dan pengarang sebulat suara mengatakan yang
India dipermulaan abad keenam Masihi telah terlantar ke lembah kemerosotan agama, akhlak dan
kemasyarakatan. India bersama jiran tetangga dan saudaranya turut serta mengambil bahagian dalam
rnemerosotkan akhlak dan kemasyarakatan.
Fiqh Al-Sirah 1
12
Perlu kita ketahui bahawa anasir-anasir yang menyeret bangsa-bangsa ini kelembah kerosakan dan
perpecahan ialah kemajuan dan tamaddun yang berasaskan kepada mata benda (material) semata—mata.
Tamaddun ini telah tidak mengambil contoh-contoh ma’nawi dan akhlak yang sempurna sebagai landasan
dan asas kemajuan. Tamaddun dan kemajuan kebendaan dengan anika sebab-akibat yang timbul darinya
hanyalah tidak lebih dan satu jalan semata-mata iaitu satu jalan yang tidak dapat memberikan apa-apa
erti. Lantaran ketandusan fikiran yang waras dan contoh sempurna yang benar-benar dapat dihayati maka
tamaddun dan kemajuan yang dicapai itu telah membawa kehidupan manusia mengalir ke tasik
kecelakaan dan huru-hara. Sebaliknya jika ahli fikirnya mempunyai akal fikiran yang waras dan
pertimbangan yang saksama maka tamaddun dan kemajuan tadi merupakan jalan-jalan yang indah serta
mudah pula menuju ke arab kesenangan dalam semua corak dan aspek hidup. Biasanya perkara ini tidak
akan lahir kecuali melalui agama dan wahyu Ilahi sahaja.
Semenanjung ‘Arab di masa itu merupakan suatu kawasan yang tenang, jauh dan terpencil dan
gejala-gejala huru-hara tadi. Bangsanya langsung tidak pernah merasai kemewahan dan kemajuan seperti
Parsi; yang boleh membawa mereka ke arah kerosakan dan keruntuhan akhlak dan tidak pula mengagungagungkan
kekuatan tentera yang membolehkan mereka menjajah negara-negara di sekitarnya. Mereka
juga tidak menganut falsafah dan ideologi yang beranika ragam seperti Greek Tua yang menyebabkan
mereka menjadi mangsa kepada dongengan dan khurafat.
Tabi’at semulajadi mereka ini tidak ubah seperti suatu “bahan yang mentah” yang belum pernah
dilebur di mana-mana dapur dan dicorak di mana-mana acuan seolah-olah terbayang di layar penghidupan
mereka seorang manusia semulajadi yang bersih mempunyai kemahuan yang kuat ke arab pembentukan
manusia yang terpuji yang mempunyai sifat-sifat amanah, pemurah, suka menolong dan bencikan
kezaliman. Apa yang mereka perlu hanyalah pengetahuan yang dapat menyinari jalan-jalan ke arah
tersebut kerana mereka ini hidup dalam kejahilan yang gelap memekat. Kebanyakan mereka telah sesat
untuk sampai ke arah kemanusiaan yang sebenamya. Mereka membunuh anak perempuan kerana mahu
menjaga maruah, membelanjakan wang yang banyak dengan harapan mahukan kemuliaan dan berperang
sama sendiri dengan tujuan memper tahankan kehormatan.
Segala-galanya ini telah diterangkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala di dalam Al—Qur’an:
وَإِن آُنتُم مِّن قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّآلِّينَ
Yang bermaksud;
“Dan sesungguhnya kamu sebelum hari ini adalah dari golongan orang-orang yang telah sesat”.
(Surah A1-Baqarah Ayat 198)
Penegasan ini lebih merupakan keuzuran dan kemaafan bagi mereka daripada penghinaan ke atas
mereka.
Ini adalah memandangkan bangsa-bangsa lain telah menggunakan tamaddun dan kemajuan
mereka sebagai alat ke arah kerosakan sedangkan mereka ini sedar malah merancang sedemikian.
Di samping semuanya ini, Semenanjung ‘Arab di segi ke dudukan muka buminya pula terletak di
pertengahan bangsa bangsa tersebut (iaitu Parsi dan Rome) yang bergolak di sekelilingnya.
Muhammad Al Mubarak seorang professor Mesir telah mengutarakan pendapat dengan katanya:
“Orang yang memerhati dan memandang kepada bangsa ‘Arab akan dapat melihat
bagaimanakah bangsa Arab boleh berdiri di masa silam di tengah-tengah dua tamaddun yang
melebar di kiri kanan. Di sebelah kirinya tamaddun barat yang keterlaluan telah cuba
menciptakan gambaran dan imej manusia dengan alirannya yang kering pucat tak berhias dan
tidak berjejas dengan hakikat keinsanannya. Di sebelah kanannya pula tamaddun kerohanian dan
kejiwaan yang melambung ke alam khayalan seperti yang terdapat di India, China dan
sebagainya.”
Setelah kita dapat menggambarkan hal keadaan bangsa ‘Arab dan semenanjungnya sebelum Islam
juga hal keadaan bangsa-bangsa lain yang mengelilinginya maka mudahlah bagi kita menyingkap di
sebaliknya apakah hikmat-hikmat Allah mengutuskan Rasul utusan di Semenanjung ‘Arab itu dan bangsa
Fiqh Al-Sirah 1
13
‘Arab pula merupakan golongan pertama buat merintis jalan—jalan ke arah penyebaran obor seruan
da’wah Islamiyyah yang kini telah dianuti oleh umat manusia di seluruh pelusuk alam.
Bukanlah sepertimana yang disangka oleh setengah-setengah golongan yang mengatakan bahawa
pengikut-pengikut agama yang sesat adalah sukar untuk mengubati jiwa mereka dan sukar memberi
tunjuk ajar kerana mereka ini ta’sub (fanatik) dan membanggakan keburukan, kehancuran dan
kemusnahan yang pada sangkaan mereka semuanya baik. Sedangkan mengubati dan memberi tunjuk ajar
kepada mereka yang sedang mencari-cari kebenaran lebih mudah kerana mereka ini sama sekali tidak
menafikan kejahilan mereka sendiri dan tidak pula membanggakan atau bermegah-megah dengan basil
tamaddun kerana mereka langsung tidak mempunyai tamaddun. Golongan ini paling mudah sekali untuk
diperbaiki dan diberi dorongan kepada mereka. Bagi kita bukanlah ini yang dikatakan hikmat Ilahi,
kerana penganalisaan yang seumpama ini hanya tepat kepada mereka yang mempunyai daya dan tenaga
yang terbatas sahaja, memilih yang senang dan meninggalkan yang susah kerana tidak mahukan penat
lelah.
Andaikata Allah mahu menjadikan pancaran da’wah Islamiyyah di mana-mana bahagian di Parsi
atau di Rome atau di India bersinar cemerlang maka sudah pasti pula Allah akan menyediakan
kemudahan dan cara-cara sehingga berjaya da’wahnya seperti mana yang berlaku di Semenanjung ‘Arab.
Soal ini tidak pula menjadi bebanan, kerana Allah Subhanahu Wata’alah Pencipta ‘alam semesta. Namun
hikmah Ilahiyyah memilih Semenanjung ‘Arab dan Rasul utusan itu tadi (seorang yang buta huruf tidak
boleh membaca dan menulis seperti mana yang diterangkan oleh Allah dalam Kitab SuciNya) agar
manusia seluruhnya tidak merasa syak wasangka terhadap keNabian dan keRasulanNya.
Sebagai penutup dan epilog kepada hikmah Allah ialah suasana persekitaran tempat RasuluLlah
diutuskan di mana di dalanmya wujud suatu biah (suasana) buta huruf juga dan jika dibandingkan dengan
bangsa-bangsa lain yang hidup di sekelilingnya mereka juga belum pemah dimasuki dan diracuni oleh
sebarang tamaddun, pemikiran dan kerumitan falsafah yang berserabut.
Di antara hikmat ilahi juga ialah menghindarkan perasaan syak wasangka manusia apakah
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ini boleh membaca dan mempelajari kitab-kitab lama yang
mengandungi sejarah manusia purba dan tamaddun negara tetangga dan menghindarkan juga sangkaan
buruk terhadap Muhammad sekiranya dakwah Islamiyyah ini timbul di kalangan umat manusia yang
bertamaddun dan mempunyai falsafah seperti Parsi, Greek Tua atau Romawi. Sebabnya ialah sangkaan
buruk ini akan memberi suatu gambaran yang buruk iaitu dari siri tarnaddun dan falsafah yang terakhir
dalam bentuk tamaddun yang tulen serta kemas dengan perundangan yang lengkap.
Hikmah_hikmah Ilahi ini telahpun diterangkan dengan tegas dan jelasnya dalam Al—Qur’an:
هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَآِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن آَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ
( مُّبِينٍ ( 2
Yang bermaksud:.
“Dialah (A11ah) yang telah mengutuskan di kelompok buta huruf seorang utusan daripada
kalangan mereka ‘untuk,) menyampaikan kepada mereka ayat dan menjauhkan mereka daripada
syirik dan mengajar mereka kitab-kitab dan hikmat, dan sesungguhnya mereka itu dahulunya
dalam kesesetan yang amat sangat.”
(Al-Jumu’ah 62: 2)
Sudah kehendak Allah mengutuskan utusanNya yang buta huruf, begitu juga bangsa yang akan
timbul Rasul di kalangannya juga satu bangsa yang kebanyakannya buta huruf, agar mukjizat keNabian
dan syan’at Islam itu terjulang nampak dan jelas di antara dogma-dogma dan seruan manusia lain yang
beranika corak.
Di sana terdapat hikmat Ilahi yang lain, dan boleh diringkaskan seperti benkut:
1. Seperti yang diketahui di mana Allah Subhanahu Wata’ala telah menjadikan Baitul Haram itu tumpuan
dan kesejahteraan untuk umat manusia seluruhnya dan merupakan rumah yang pertama untuk manusia
Fiqh Al-Sirah 1
14
beribadat serta mempraktikkan rukun-rukun agama. Sesungguhnya lembah Makkah ini telah menjalan
dan melaksanakan seruan bapa para Anbiya’ iaitu Sayyidina Ibrahim ‘Alaihi sallam. Tepat dan kena pada
tempatnya di mana kawasan yang mulia ini menjadi muara seruan agama Islam yang pertama iaitu agama
Nabi Ibrahim dan juga tempat pengutusan Nabi yang terakhir “ “ Kenapa tidak?
Bukankah Nabi Muhammad ini dari keturunan Nabi Ibrahim ‘Alaihi sallam.
2. Di segi kedudukan ilmu alam maka semenanjung ‘Arab ini telah dipilih untuk bebanan tanggungjawab
da’wah Islamiyyah, kerana situasi dan kedudukannya di tengah tengah berbagai bangsa. Ini menyebabkan
penyebaran da’wah Islamiyyah di kalangan bangsa—bangsa dan negara yang di sekelilingnya tersebar
dengan mudah. Ini ternyata sekali bila kita mengkaji semula perjalanan da’wah Islamiyyah di zaman
permulaannya dan di zaman khulafa al Rashidin. Memang tepat seperti yang ditegaskan tadi.
3. Dan sebagai hikmat Ilahi juga yang menjadikan bahasa ‘Arab itu sebagai media da’wah Islamiyyah dan
bahasa yang pertama buat menerang dan mentafsirkan percakapan atau kalamullah ‘Azza wa jalla untuk
disampaikan kepada kita.
Kalau kita perhatikan dengan teliti tentang keistimewaan bahasa-bahasa diikutidengan saW
perbandingan dengan bahasa ‘Arab maka dengan jelas kita dapati yang bahasa ‘Arab mempunyai banyak
keistimewaan yang sukar didapati dalam bahasa-bahasa lain. Maka sudah layak baginya untuk menjadi
bahasa yang pertama dan utama untuk umat Islam di mana mereka berada.
MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM NABI YANG TERAKHIR
Nabi Muhammad ‘Alaihi Wasallam ialah Nabi yang terakhir dan tidak ada Nabi selepasnya. Ini adalah
kata sebulat suara umat Islam (ijma’). Di dalam agama pula dikenal dengan suatu perkara yang mesti
dipercayai (‘Aqidah).
Sepotong Hadith Nabi yang berbunyi:
Yang bermaksud:
Aku dan Para Anbiya’ sebelumku ‘ibarat satu bangunan yang dibina oleh seorang laki-laki. Lalu
ia membinanya dengan baik dan dipercantikkannya kecuali pada tempat sekeping batu-bata pada
suatu sudut. Maka orang ramai datang mengelilinginya dan kagum melihat dan berkata mengapa
tidak diletakkan seketul batu-bata di tempat yang kosong itu, maka akulah batu-bata itu dan
akulah penyudah segala Nabi.
Pertautan dan hubung_kait da’wah Nabi Muhammad ‘Alaihi Wasallam dengan da’wah para
Anbiya’ terdahulu adalah bertujuan memperkuat dan memperkemas atau sebagai kesimpulan dan
penutupan, sepertimana yang dapat difahamkan dan Hadith yang tersebut di atas.
Ini tegas sekali bila melihat di mana da’wah para Anbiya’ seluruhnya bersendikan dua asas yang
penting:
Fiqh Al-Sirah 1
15
1. ‘Aqidah kepercayaan.
2. Perundangan dan akhlaq.
Dan segi ‘aqidah kepercayaan langsung tidak berubah sejak Nabi Adam ‘Alaihi Sallam hinggalah
ke zaman Nabi Muhammad SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam, Nabi yang terakhir, iaitu kepercayaan kepada
Allah Yang Esa. Mensucikan Allah dan sifat-sifat kekurangan dan percayakan hari akhirat, hisab amalan
manusia, syurga dan neraka. Tiap Nabi menyeru kaumnya kepada kepercayaan tersebut dan tiap Nabi
juga menyokong dan menegaskan apa yang dibawa oleh Nabi yang terdahulu darinya. Rangkaian
pengutusan para Anbiya’ sekeliannya menunjukkan kepada kita yang nabi-nabi semuanya diutus supaya
menyeru manusia ke arah keimanan dengan Allah ‘Azza wajalla Yang Esa, seperti yang dinyatakan
dalam kitabNya:
شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّى بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا
( فِيهِ آَبُرَ عَلَى الْمُشْرِآِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَن يَشَاء وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ ( 13
Yang bermaksud:
“Diturunkan kepada kamu sekelian agama sepertimana yang diutuskan kepada Nuh dan yang
diwahyu kepada sepertijuga yang diutuskan kepada Ibrahim, Musa dan Isa agar kamu
menegakkan agama dan jangan berpecah-belah kerananya.”
(Asy — Syuura 42: 13)
Malah langsung tidak tergambar kepada kita yang seruan para Anbiya’ itu akan berlainan di antara
satu dengan yang lain mengenai soal ‘aqidah, sebab soal ‘aqidah adalah soal berita dan perkhabaran dan
tidak akan berlainan perkhabaran dan berita dan seseorang itu sekiranya perkara itu benar. Tidak diterima
oleh ‘aqal manusia bahawa Allah telah mengutus seorang Nabi mengatakan Allah itu tiga-Maha Suci
Allah, kemudian diutuskan seorang Nabi lain mengatakan bahawa Allah itu Esa dan kedua-dua
perkhabaran itu kemudian dianggap benar belaka. Ini tidak mungkin berlaku.
Ini bersangkut dengan ‘aqidah, bersangkut dengan tasyri’ (perundangan). Perundangan (ahkam)
ini pula bertujuan mengatur penghidupan sesebuah masyarakat. Peribadi manusia adalah berbeda
kualiti dan kuantitinya sesuai dengan pengutusan seseorang nabi itu, sebab tasyri’ itu bukanlah untuk
menyampaikan perkhabaran dan berita semata-mata tetapi bertujuan untuk mengadakan dan mewujudkan
masyarakat yang sempurna. Sudah barang pasti di mana masa dan keadaan sesuatu kaum itu memberi
kesan dan pengaruh-pengaruh terhadap perkembangan perundangan sebab timbulnya undang-undang itu
adalah demi muslihat dan kepentingan serta faedah manusia untuk dunia dan akhirat.
Pengutusan nabi-nabi yang terdahulu adalah semata-mata untuk kaum itu sahaja — tidak
merupakan pengutusan yang menyeluruh. Justeru itu maka implikasinya terhadap perundangan tasyri’
adalah nyata sekali. Umpamanya pengutusan Musa ‘Alaihi Sallam kepada Bani Israel adalah untuk
bangsa dan zaman itu sahaja. Dikatakan undang-undang yang diturun kan untuk Bani Israel itu sesuai
untuknya kerana undang— undang itu nyata keras dan memang sesuai dengan bangsa yang bersifat keras
kepala.
Apa yang dibawa oleh Nabi ‘Isa pula adalah sederhana Sedikit dan apa yang dibawa oleh Nabi
Musa tadi. Perkara ini nyata sekali kalau diperhatikan apa yang ditegaskan oleh Allah dalam kitab A1-
Qur’an:
( وَمُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَلِأُحِلَّ لَكُم بَعْضَ الَّذِي حُرِّمَ عَلَيْكُمْ وَجِئْتُكُم بِآيَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ فَاتَّقُواْ اللّهَ وَأَطِيعُونِ ( 50
Yang bermaksud:
“Membenarkan apa yang di hadapanKu laitu Kitab Al Taurah dan menghalalkan separuh dan
apa yang diharamkan ke atas kamu dahulu.”
(All Imran 3: 50)
Fiqh Al-Sirah 1
16
Apa yang dibawa oleh Nabi ‘Isa adalah membenarkan dan menegaskan apa yang dibawa oleh Al-
Taurah mengenai soal ‘aqidah dan kepercayaan, dan yang bersangkut dengan hukum tasyri’ ada sedikit
perubahan iaitu kelonggaran dari yang dahulu.
Kesimpulan yang dapat kita ambil dan sini ialah, tiap pengutusan itu mengandungi ‘aqidah dan
tasyri’.
Kepercayaan dan ‘aqidah yang dibawa oleh seseorang Nabi itu fungsinya menguat dan
menyokong ‘aqidah Anbiya’ yang terdahulu. Sedangkan syari’at pula fungsinya membatal dan
memansuhkan syari’at para Anbiya’ dahulu dan kadangkalanya menyokong yang lama.
Justeru itu maka tidak ada agama dan ‘aqidah Ilahi berbilang-bilang dan beranika corak tetapi
sebaliknya terdapat berbagai syari’at Ilahi yang kemudian memansuhkan yang dahulu dan yang baharu
membatalkan yang lama, hinggalah sampai kepada syari’at yang terakhir disudahi dengan Nabi yang
terakhir.
‘Aqidah dan agama yang benar itu satu. Tiap Nabi dan Rasul yang diutuskan mulai dan Adam
‘Alaihi sallam hingga ke Nabi Muhammad semuanya menyeru manusia kepada agama yang satu iaitu
agama Islam. Lantaran Islam maka diutuskan Ibrahim, Isma’il dan Ya’qub ‘Alaihi sallam seperti firman
Allah:
وَمَن يَرْغَبُ عَن مِّلَّةِ إِبْرَاهِيمَ إِلاَّ مَن سَفِهَ نَفْسَهُ وَلَقَدِ اصْطَفَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا وَإِنَّهُ فِي الآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ ( 130 ) إِذْ قَالَ لَهُ
رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ ( 131 ) وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلاَ تَمُوتُنَّ
( إَلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ( 132
Yang bermaksud:
“Sesiapa yang enggan dengan agama Ibrahim kecuali manusia yang memperbodohkan diri
sendiri, Kami telah pilihnya di dunia dan sesungguhnya di akhirat dia adalah dari golongan
salih. Ketika Allah menyerunya supaya beriman (menyerah diri kepada Allah) jawabnya;
telahpun aku serahkan diriku kepada Allah Tuhan sekelian ‘alarn dan Ibrahim telah berwasiat
kepada anak anaknya, demikian pula Ya’qub dengan katanya: Hai anakku, sesungguhnya Allah
telah memberi untukmu agama dan jangan sekaji-kali kamu mati kecuali kamu adalah orang
Islam.”
(Surah Al-Baqarah 2:130 — 132)
Dengan ‘aqidah inilah juga Allah mengutus Nabi Musa kepada keturunan Israel di mana Allah
telah menceritakan tentang ahli sihir Fir’aun yang telah beriman dengan Nabi Musa. Firman Allah yang
berbunyi:
( قَالُواْ إِنَّا إِلَى رَبِّنَا مُنقَلِبُونَ ( 125 ) وَمَا تَنقِمُ مِنَّا إِلاَّ أَنْ آمَنَّا بِآيَاتِ رَبِّنَا لَمَّا جَاءتْنَا رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ ( 126
Yang bermaksud:
“Ahli-ahli sihir itu menjawab: sesungguhnya kepada Tuhanlah kami kembali. Dan Kamu tidak
membalas dendam dengan menyiksa kami, melainkan kerana kami telah beriman kepada ayatayat
Tuhan kami ketika ayat-ayat itu datang kepada kami. Ya Tuhan kami, limpahkanlah
kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami, dalam keadaan kami menyerah diri kepadaMu.”
(Surah Al-A’raaf 7:125 — 126)
Dengan ‘aqidah ini jugalah Tuhan mengutus ‘Isa ‘Alaihi sallam, di mana Tuhan telah
menceritakan tentang kaumnya yang telah beriman dengan ajaran yang dibawanya. Firman Tuhan yang
berbunyi:
( فَلَمَّا أَحَسَّ عِيسَى مِنْهُمُ الْكُفْرَ قَالَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللّهِ آمَنَّا بِاللّهِ وَاشْهَدْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ ( 52
Fiqh Al-Sirah 1
17
Yang bermaksud:
“Para hawariyyin (sahabat—sahabat setia) menjawab:Kamilah penolong-penolong (agama)
Allah. Kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orangorang
yang menyerahkan diri.”
(Surah Ali-’Imran 3 : 52)
Mungkin ditimbulkan pertanyaan. Kenapakah mereka yang mengaku sebagai pengikut-pengikut
Nabi Musa mempunyai ‘aqidah tersendiri tidak kena mengena dengan ‘aqidah keesaan yang dibawa oleh
para Anbiya’? Dan mengapakah mereka yang mengaku sebagai pengikut Nabi ‘Isa menganuti suatu
‘aqidah yang tersendiri? Sebagai jawapannya kita sarankan dalil al-Qur’an:
إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللّهِ الإِسْلاَمُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوْتُواْ الْكِتَابَ إِلاَّ مِن بَعْدِ مَا جَاءهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللّهِ فَإِنَّ اللّهِ
( سَرِيعُ الْحِسَابِ ( 19
Yang bermaksud:
“Sesungguhnya agama di sisi ALlah hanyalah Islam. Tidak berselisih orang-orang yang diberi Al
Kitab kecuali setelah datang pengetahuan kepada mereka, kerana berdengkian di antara
mereka.”
(Surah Ali—’Imran: Ayat 19)
Dan tegas Tuhan lagi dalam surah Al-Syura yang berbunyi:
شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّى بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا
( فِيهِ آَبُرَ عَلَى الْمُشْرِآِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَن يَشَاء وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ ( 13
Yang bermaksud:
‘Dia telah mensyari’atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkanNva kepada
Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu.”
(Surah Al-Syura 42:13)
وَمَا تَفَرَّقُوا إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَلَوْلَا آَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى لَّقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الَّذِينَ أُورِثُوا
( الْكِتَابَ مِن بَعْدِهِمْ لَفِي شَكٍّ مِّنْهُ مُرِيبٍ ( 14
Yang bermaksud:
“Dan mereka (ahli kitab) tidak berpecah-belah melainkan sesudah datangnya pengetahuan
kepada mereka kerana kedengkian antara mereka. Kalau tidak kerana suatu ketetapan yang telah
ada dan Tuhanmu dahulunya (untuk menangguhkan ‘azab) sampai kepada waktu yang
ditentukan, pastilah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang diwariskan
kepada mereka Al-Kitab (Taurat dan Injil) sesudah mereka benar-benar berada dalam keraguan
yang mengejutkan tentang kitab itu.”
(Surah al-Syura 42:14)
Para Anbiya’ diutuskan bersama-sama mereka yang Islam, agama yang diakui oleh Allah. Ahli
Kitab mengetahui bahawa agama itu satu dan diutuskan nabi—nabi untuk memberi sokongan kepada
nabi-nabi yang terdahulu.
Fiqh Al-Sirah 1
18
SAKI BAKI AGAMA HANIF DALAM JAHILIYAH ARAB
Ini juga satu muqaddimah penting yang mesti dipelajari sebelum memasuki pembahasan Sirah mengenai
kefahaman mengenai pengajaran Sirah itu sendiri, muqaddimah ini membawa kita menoleh kebelakang
kepada satu kenyataan yang dulunya sering menjadi pertikaian mengenai agama ini kepada mereka yang
melihat dan jauh yang semestinya kabur, lalu mereka tuduh dengan berbagai tuduhan palsu melalui agak
dan sangka yang palsu.
Khullasah kepada hakikat ini, ialah bahawa Islam itu tidak lain dan lanjutan kepada agama Hanif
yang mudah dan lapang ruangnya, Allah telah mengutuskan bapa juga datuk kepada para nabi, iaitu
Ibrahim ‘alahi Sallam membawa agama ini, telahpun dijelaskan oleh Allah mengenai ini melalui banyak
ayat-ayatNya dalam Al antaranya:
وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ هُوَ اجْتَبَاآُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ هُوَ سَمَّاآُمُ الْمُسْلِمينَ مِن
قَبْلُ وَفِي هَذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّآَاةَ وَاعْتَصِمُوا بِاللَّهِ هُوَ
( مَوْلَاآُمْ فَنِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ ( 78
(Dan berjihadlah kamu pada [ agama] Allah dengan jihad yang sebenarnya, Dia [telah pilih
kamu [ berjihad], dan Dia tidakjadikan atas kamu sebarang kesukaran dalam agama ini, iaitu
agama bapa kamu Ibrahim, dan Dia juga yang menamakan kamu “Muslimin” sejak dahulu dan
di [Quran) ini… )
(Surah Al-Hajj: Ayat 78)
( قُلْ صَدَقَ اللّهُ فَاتَّبِعُواْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا آَانَ مِنَ الْمُشْرِآِينَ ( 95
(Katakanlah: “Benar [kata] Allah itu” maka ikutlah Millah [agama] Ibrahim yang hanif [yang
lurus]; dan bukan lah dia [Ibrahim] itu dan kalangan orang-orang musyrikin.)
(Surah Ali-Imran: Ayat 95)
Memang sudah ada di pengetahuan anda bahawa orang orang ‘Arab itu adalah anak-cucu Nabi
Ismail ‘alaibi Sallam, maka semestinya mereka mewarisi agama bersama selok-beloknya, ia itu agama
yang telah Allah utuskan datuk mereka membawa Tauhid dan perintah benbadat kepada Allah, tidak
mencerobohi batas laranganNya, mentaqdis dan menghormati semua yang disuruh menghormatinya, yang
utama sekali ialah menghormati dan mentaqdiskan Baitul-Haram, menghormati segala syiarnya,
mempertahankannya, melaksanakan perkhidmatan terhadapnya, serta menabir (kelambukannya).
Tetapi dengan berlalunya zaman, kurun demi kurun, mulalah orang ‘Arab itu mencampuradukkan
yang batil dengan yang haq, haq yang mereka pusakai dan datuk nenek mereka diadukkan dengan batil
yang datang dengan tidak disedari, lalu cacat dan tercelalah seluruh bangsa ‘Arab bila diselubungi
kejahilan, hanyut dan sesatlah mereka bersama mereka orang-orang yang terpukau dan terpedaya oleh
kepalsuan, dengan itu menyusup masukilah syinik ke dalam mereka, dan akhirnya menyembah berhala
sudah menjadi kebiasaan kepada mereka, keruntuhan akhlaq dan perkara—perkara batil yang mereka tiru
juga ikut sama menyusup masuk. Dengan kerana itu maka jauhlah mereka dan suluhan Tauhid dan ciriciri
agama Hanif, akhirnya setelah jangka masa yang panjang menyeluruhlah jahiliyyah yang ketat, yang
sukar hendak dilekangkan, dan berikut itulah mereka berhadapan dengan kebangkitan Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
Orang yang mula pertama memasukkan syirik dan mengajak bangsa ‘Arab menyembah berhala,
ialah ‘Amru Bin Luhay Bin Qam’ah; nenek moyang kepada suku Khuza’ah. Ibnu Ishaq meriwayatkan
dan Muhammad Bin Ibrahim Bin Al-Harits Al Taimey, bahawa Abu Salih Al-Saman menceritakan
kepada nya, bahawa beliau mendengar Abu Hurairah berkata: “Saya dengar RasuluLlah SallaLlahu
‘alaihi Wasallam berkata kepada Aktsam Bin Jaun Al—Kuza’i, mathumnya:
Fiqh Al-Sirah 1
19
“Saya lihat ‘Amru Bin Luhay Bin Qam’ah Bin Khandaf menarik berhala kayunya ke dalam
neraka, saya lihat dia itu benar—benar menyerupai engkau”; lalu kata Aktsam:
“Apakah penyerupaan itu membahayakan saya Wahai RasuluLlah?”
“Tidak, kerana engkau adalah orang mukmin dan ‘Amru itu kafir, sesungguhnya dialah orang
yang mula mengubah agama Ismail dengan memasang berhala, mencipta Bahira, Saibah, Wasilah dan
Hami [tiga yang tersebut itu adalah unta betina yang dihadiahkan kepada berhala, unta-unta itu dihormati,
tidak boleh ditunggang, tidak boleh diminum susunya, ia bebas memakan rumput di mana-mana]. (Sirah
Ibnu Hisham.)
Ibnu Hisham meriwayatkan bagaimana cara ‘Amru Bin Luhay menerapkan penyembahan berhala
ke dalam bangsa ‘Arab; ia mengembara ke negara Syam atas urusan perniagaan, bila ia tiba di Maab
dalam daerah Baiqa’ yang ketika itu didiami oleh suku Amaliq — ‘Amaliq ertinya anak cucu ‘Amliq Bin
Lawaz Bin Sam Bin Nuh ‘alaihi Sallam — Amnu melihat mereka menyembah berhala, lalu ia bertanya:
“Apa bendanya yang kalian sembah ini?”
“Inilah patung-patung berhala, kami sembahnya meminta hujan maka ia menurunkan hujan, kami
minta pertolongan ia memberi pertolongan.”
“Mahukah kalian beri kepada saya salah satu berhala itu, saya akan bawa pulang ke bumi orangorang
‘Arab untuk mereka sembahnya?”
Lalu diberikan kepada ‘Amru satu berhala yang dinamakan “Hubal”, berhala itu dibawa pulang ke
Makkah dan di suruh orang menyembahnya. (Sirah Ibnu Hisham.J. 1.H.77. juga Kitabul-Asnam Ibnul-
Kalabi. H. 8-9.)
Begitulah cara berkembangnya penyembahan berhala di tanah ‘Arab, dan tersebarnya syirik dalam
bangsa ‘Arab, dengan itu bertukarlah keadaan asal mereka yang dulunya berada di atas ‘Aqidah Tauhid
pusaka dan Ibrahim dan Isma’il alaihimas salam kepada kepercayaan syirik, dan akhirnya sampai ke
peringkat sesat dan ber’aqidah buruk seperti bangsa bangsa lain yang sesat.
Pendorong utama mereka kepada yang demikian itu semua, ialah ketandusan pengetahuan dan
buta huruf yang mereka miliki, dan pengaruh persekitaran mereka dan berbagai qabilah dan berbagai
bangsa.
Namun demikian ada juga di kalangan mereka orang orang yang masih kekal berpegang dengan
aqidah tauhid, walaupun hanya sedikit tetapi tetap berada di atas manhaj agama hanifnya, tetap
mempércayai kebangkitan nabi, tetap mempercayai hidup semula sesudah mati dan tetáp yakin bahawa
Allah pasti beri ganjaran pahala kepada orang yang taat, balasan siksa kepada orang yang derhaka.
Golongan ini memang benci kepada segala apa yang diada-adakan oleh orang orang ‘Arab, seperti
penyembahan berhala dan cara pemikiran yang sesat, mereka yang terkenal dengan pegangan ini memang
banyak, di antara mereka seperti Qais Bin Saidah A1-Ayadi, Ri’ab Ash-Shamii, dan Buhaira Al-Rahib.
Walaupun begitu keadaannya orang-orang ‘Arab, namun prinsip-prinsip dan syiar-syiarnya sejak
Nabi Ibrahim, masih kekal saki bakinya dalam adat dan budaya mereka, walaupun dalam keadaan paling
lemah setelah sekian lama merentasi zaman, namun kejahiliyyahan mereka masih bersadurkan sedikit
sebanyak peninggalan yang berupa syiar dan prinsip agama Hanif, walaupun syiar dan prinsip itu
biasanya muncul dalam bentuk rupa yang buruk dan jahat, seperti menghormati Ka’bah, bertawaf,
menunaikan haji, umrah, wuquf di ‘Arafah dan sebagainya, adalah berasal dan syariat yang mereka warisi
sejak zaman Nabi Ibrahim ‘alaihissalam, tetapi mereka adukkan dengan beberapa perkara yang bukan
asal, seperti Talbiyah mereka di masa melakukan Haji dan Umrah berbunyi:
Mereka tambahkan “
“... melainkan dia yang menjadi sekutu bagi Engkau, Engkau miliki apa yang dia miliki”, mereka
tauhidkan Allah kemudian mereka sekutukan dengan berhala-berhala mereka, dan mereka jadikan berhala
itu milik Allah, mengikut riwayat Ibnu Hisham.
Fiqh Al-Sirah 1
20
Ringkasnya: Perkembangan sejarah ‘Arab dan mula hingga akhirnya adalah dalam pangkuan
agama Hanif yang lapang dan muda, agama yang diutuskan bapa para Nabi, iaitu Ibrahim ‘alaihissalam.
Bangsa ‘Arab ini sudah pernah dilimpahi aqidah tauhid, pernah disuluhi cahaya hidayah dan iman, tetapi
kemudiannya mereka menjauhi agama yang benar itu sedikit demi sedikit, dengan berlalunya zaman
berkurun-kurun lamanya, maka keadaan bertukar, di mana kegelapan syirik dan pemikiran sesat serta
kejahilan yang laksana banjir telah menenggelamkan mereka, di samping itu mereka tetap juga
mengekalkan saki baki petunjuk yang benar dan prinsip-prinsip yang tulen yang lama tersembunyi dalam
perjalanan yang lambat bersama sejarah mereka, semakin lemah bersama zaman, semakin kurang para
pendokongnya dan tahun ke tahun.
Tetapi manakala bersinar kembali obor agama Hanif dengan kebangkitan Khatamul-Anbiya’
Muhammad SallaL lahu ‘alaihi Wasallam, tibanya wahyu ilahi ke setiap yang telah menjadi tebal dengan
kesesatan dan kegelapan dalam jangka masa yang panjang itu, maka semuanya itu telah dihapuskan oleh
wahyu, diteranginya semula tempat itu dengan suluhan iman dan tauhid, dengan prinsip-prinsip keadiian
dan kebenaran, tibanya wahyu Ilahi kepada saki baki tersebut yang telah begitu lama dilalui oleh
kehidupan bangsa ‘Arab, mengubahkan kehidupan mereka ke tempat pancaran cahaya yang baru,
mengembalikan mereka kepada agama yang diutuskan Ibrahim ‘alaihissalam untuknya, ditetapkan
kembali syariah-syariah Ilahiyyah serta dibaharuinya da’wah untuk itu.
Tidak ragu-ragu bahawa adalah meniadi perkataan yang tidak dikehendakj kalau kita perkatakan
juga perkara—perkara sudah dikenali dan diketahui oleh orang yang telah membaca dan meneliti sejarah,
pastinya itu merupakan suatu yang tetap dalam batin orang-orang yang telah mempelajari Islam.
Bukanlah kita berhajat hendak menghabiskan banyak masa pada zaman ini dalam menjelaskan apa yang
telah jelas, iaitu setelah kita melihat dengan mata kepala kita, bagaimana setengah-setengah manusia
dapat ditundukkan i’tiqad mereka semata-mata kerana keinginan dan kegemaran yang ada dalam diri-diri
mereka.
Ya, memang ada jenis manusia seperti itu yang hidup di dunia ini, mereka ini tidak pernah ambil
kisah bahawa akal mereka telah dibelenggu seketat-ketatnya dengan rantai penghambaan, otak pemikiran
mereka dijajah dan diperhambakan!...
Betapa besarnya perbezaan antara bahawa iradah kemahuan anda ada di belakang ‘aqidah anda,
dengan adanya ‘aqidah di belakang iradah kemahuan anda, betapa jauhnya beza antara keduanya di segi
ketinggian dengan kerendahan, antara kemuliaan dan kehinaan!..
Apa yang kita katakan tadi adalah jelas dengan bukti dan keterangannya, betapa kedapatan
manusia-manusia yang berkata: “Bahawa sejak zaman jahiliyyah — di masa hampir dengan kebangkitan
Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam — sudah ada kesedaran untuk kembali kejalan yang betul yang Iayak
diikutinya, lalu pemikiran orang-orang ‘Arab pun mula memberontak terhadap syirik dan penyembahan
berhala dan seumpamanya yang berupa dongengan-dongengan jahiliyyah, dan kemuncak kesedaran dan
pemberontakan pemikiran itu muncul menjadi kenyataan dengan kebangkitan Muhammad SallaLlahu
‘alaihi Wasallam dan da’wahnya dalam bentuk dan rupa baru.
Sedangkan konsep da’wah itu:- seperti yang jelas kepada anda Bahawa sejarah perkembangan
jahiliyyah adalah semakin meningkat penguasaannya ke atas hak-hak tauhid dan nur bidayah, ini berlaku
dalam edaran zaman yang begitu panjang, atau ertinya semakin jauh mereka dan zaman Ibrahim melalui
sekian kurun semakin hampir kembali kepada pninsip-pninsip agama Ibrahim dan da’wahnya, hingga
sampailah kehampiran itu ke tahap yang terakhir, iaitu saat—saat kebangkitan Muham mad Sailallahu
‘alaihi Wasailam!’
Apakah begitu ukiran sejarah, atau ukiran tepat dan sejarah adalah pada keseluruhannya sebalik
itu, kenyataan sejarahnya begitu mudah difaham, semudah menyebut “Alif dan Ba”nya yang begitu jelas
difahamkan.
Setiap pengkaji dan penyelidik sejarah yang bebas, tahu bahawa zaman di mana Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, adalah zaman jahiliyyah yang paling jauh dan hidayah atau pertunjuk
RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasailam kalau dibandingkan dengan semua zaman, dan saki baki
runtuhan yang ada pada orang-orang ‘Arab ketika kebangkitan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
Fiqh Al-Sirah 1
21
itu sebenarnya saki baki pertunjuk dan prinsip agama Hanif, ia dapat dilihat pada imbasan-imbasan dalam
upacara penyembahan berhala yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh, juga pada penyerupaan dan
persamaan dalam sebahagian upacara yang telah ditetapkan oleh Islam saki baki runtuhan itu ketara
sekali, kerana sejak sekian kurun tidak sampai sepuluh peratus yang tinggal. Kalau itu dijadikan panduan
oleh golongan manusia yang menganggapnya seperti di atas terhadap konsep Nubuwwah atau
kebangkitan Nabi itu sepatut sudah berada atau sudah dibangkitkan NabI SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
beberapa kurun atau beberapa jenerasi sebelumnya!
Ada pula segolongan manusia lain yang menuduh: bahawa Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam tidak berkemampuan lagi untuk bertindak membenteras ke atas perkara-perkara utama yang
terkenal di kalangan bangsa ‘Arab, seperti adat, tradisi, dan berbagai kepercayaan ghaib, yang merupakan
perkara-perkara yang dihormati dan di agung-agungkan oleh mereka, lalu baginda ikut memperkukuh dan
menyempurnakan semua itu dengan menjadikannya sebagai upacara agama, lalu diisytiharkannya sebagai
perintah Tuhan kononnya. Dan dengan satu gambaran lain pula, kononnya: Kedatangan Muharmmad
SalaLlahu ‘alaihi Wasallam itu hanyalah untuk menambahkan bilangan ‘aqidah atau kepercayaan ghaib
pada bangsa ‘Arab, bahawa penjagaan pentadbiran segala-galanya berada di tangan persendirian Tuhan
yang Maha kuasa ke atas apa yang dikehendakinya, dengan itu maka berterusanlah bangsa ‘Arab hingga
setelah memeluk Islam, mempercayai sihir, jin dan berbagai kepercayaan lain, umpamanya mereka tetap
melakukan tawaf atau mengelilingi Ka’bah, menganggap Ka’bah itu suci dan berbagai upacara yang
palsu dan sebagainya.,
Yang diperkatakan oleh mereka yang mendakwakan semua yang tersebut itu, hanya berdasarkan
atas dua andaian, dua andaian yang sama sekali mereka tidak mahu memikirkan kesalahan andaian itu;
andaian pertama: Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu bukan seorang Nabi, andaian kedua:
Segala saki baki amalan agama di zaman Nabi Ibrahim yang masih ada pada orang-orang ‘Arab seperti
yang telah kita bahaskan itu, sebenarnya rekaan dan tiruan yang mereka ada-adakan sendiri dan semasa
ke semasa, sebenarnya penghormatan dan taqdis terhadap Ka’bah itu bukanlah sebagai salah satu dan
peninggalan dakwah Nabi Ibrahim yang merupakan perintah Tuhan, kewujudan upacara itu merupakan
jalinan yang tersusun dan suasana dan kebiasaan orang-orang ‘Arab, ertinya upacara itu merupakan salah
satu dan berbagai tradisi orang-orang ‘Arab.
Cara untuk menyelamatkan dua tuduhan palsu itu supaya tidak lemah dan tidak cacat, maka
penulis-penulis tuduhan itu sengaja memejamkan mata walau berhadapan dengan berbagai bukti dan
keterangan juga kenyataan-kenyataan sejarah yang begitu jelas, atau apa saja keterangan yang menolak
tuduhan tuduhan mereka, atau kenyataan-kenyataafl yang mendedahkan kepalsuan dakwaan tersebut.
Di samping itu, seperti yang diketahui, bahawa pihak yang membuat kajian mengenai hakikat itu
tidak akan sampai ke matlamatnya, kerana sudah pasti dia telah sesat atau tersalah simpang, tetapi
digagahinya juga membuat andaian dan tuduhan yang berpunca dan dendam turun temurun. Sungguh
ketara bahawa kajian seperti hanya merupakan perkara sia-sia yang melucukan.
Justeru itu, maka tidak ada satu keterangan atau alasan pun yang didapati untuk dijadikan
bandingan atau satu-satu kesimpulan melalui dalil—dalil logik, atau melalui peristiwa sejarah dalam
menuju kepada sesuatu hakikat. Yang kita mahu ialah hakikat yang sebenarnya, kita juga tidak hendak
membohongi diri kita di samping membohongi orang lain dengan cara berpura-pura membuat kajian
bebas untuk mendapatkan sokongan orang lain terhadap pemikiran dan pendapat yang tertentu.
Ini tidak lain dan tidak bukan dan semata-mata kerana ta’assub atau fanatik. Maka sudah pasti,
walan dengan apa keadaan sekalipun, kita tidak boleh memejamkan mata atau membutakan hati dan
pemikiran terhadap dalil-dalil kenabian Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang begitu banyak,
seperti wahyu yang begitu jelas, seperti mukjizat Al—Qur’an dan yang ternyata persamaan antara da’wah
Muhammad dengan da’wah para nabi Sebelum baginda, juga sifat dan akhlaq baginda. Kita tidak boleh
sama sekali menerima andaian dan tuduhan bahawa Muhammad itu bukan Nabi. Juga tidak boleh kita
ketepikan sejarah yang jelas menentukan bahawa pembinaan Ka’bah itu dilakukan oleh Ibrahim
‘alaihissalam dengan perintah dan wahyu dan Allah Subhanahu wa Ta’ala, mengenai rantaian para nabi
dalam penyampaian da’wah tauhid kepada Allah, juga beriman kepada perkara—perkara ghaib seperti
hari Mahsyar dan balasan baik dan buruk sama ada syurga atau neraka, juga perkara-perkara yang telah
Fiqh Al-Sirah 1
22
diberitahu oleh nas-nas kitab Samawi sebelumnya, dan apa yang diberitahu itu telah diakui benar oleh
sejarah, telah menjadi kenyataan dalam beberapa generasi, semuanya itu kita namakan “saki baki warisan
zaman Ibrahim” dalam zaman jahiliyyah. Wajarkah kita tolak semuanya itu kerana semata-mata
disogokkan kepada kita andaian bahawa semua itu tidak lain hanya merupakan tradisi yang diada-adakan
oleh bangsa ‘Arab kemudian datang Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam menyalutkannya dengan
salutan agama?
Seharusnya dimaklumikan bahawa orang—orang yang merasa sedap membuat anggapan dan
tuduhan seperti itu, tidak dapat mereka kemukakan sebarang bukti atau dalil walau dengan apa bentuknya
sekalipun, sama ada di hadapan atau di belakang tuduhan itu, yang mereka kemukakan hanya beberapa
ibarat yang meleret-leret dan berulang-ulang.
Mungkin juga anda meminta satu contoh mengenai itu, cubalah baca buku (Bunyatul — Fikrid —
Dini) (terjemahan ke bahasa Arab dan bahasa Inggeris), maka anda dapat melihat dengan jelas bagaimana
dan apakah peranan ta’assub buta terhadap manusia—manusja berkenaan, perasaan ta’assub yang pelik
itu membuat orang yang menganutnya ego hingga tidak mengaku walaupun berhadapan dengan hakikathakikat
yang seharusnya mereka lunduk menenima. (lihat “Bunyatul — Fikri Ad-Dini” bahasa
Arab.H.58.)
Mengikut pandangan Gibb, bahawa pembentukan pemikiran beragama dalam Islam, hanya
merupakan beberapa ke percayaan dan pemikiran kepada ghaib di sisi orang-orang ‘Arab, kononnya
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah memerhati dan meneliti budaya dan pemikiran bangsa
‘Arab, lalu diubahnya sekadar yang boleh, yang tidak boleh diubah dijadikan sebahagian dan upacara
agama Islam, dan kononnya Muhammad terus menyokongnya dan dipadankan dengan agama. Tetapi
Muhammad kononnya terpaksa berhadapan dengan berbagai kesulitan besar yang menghalangi jalannya,
Muhammad bukan sekadar hendak membina kehidupan beragama ini untuk bangsa ‘Arab saja, malah
untuk semua umat manusia mengikut sistem A1-Qur’an.
Itulah sari pati pemikiran Gibb dalam bukunya itu, kalau anda baca buku yang mengandungi
pemikirannya itu dan mula hingga akhimya, tidak akan kedapatan satu dari pun mengenai apa yang
dikatakannya,jika diteliti apa yang dikemukakannya, maka tidak syak lagi bahawa Gibb ini telah
meninggalkan pemikirannya di satu tempat yang jauh dari tempat yang ia sendiri duduk menulis
mengenai ini, Gibb menggantikan daya pemikirannya yang sihat dengan waham dan khayalan-khayalan
segar dan lincah, dia mendapat ilham dan waham dan khayalan, maka ia pun menulis seperti yang
ditulisnya mengikut kehendak dan hukum waham dan khayalan.
Ketara benar; ketika Gibb duduk membaca tulisan terjemahan muqaddimah bukunya ke bahasa
Arab, terbayang di fikirannya bahawa pembacanya akan terpengaruh dan pemikirannya akan menolak dan
menghina Islam. Namun deniikian ia mencelah juga mengecualikan diri……..
Dia mengecualikan diri dan mempersendakan Islam dengan mengatakan: “Bahawa beberapa
bahagian isi kandungan mengenai ini bukanlah berdasarkan kepada pemikiran dari otak penulisnya,
malah berdasarkan kepada dalil-dalil dan keterangan-keterangan yang diberikan oleh segolongan ahli fikir
dan cendikiawan muslimin sendiri, banyak juga nama tokoh tokoh ilmuan Islam yang dikaitkan,
memadailah seorang saja saya sebutkan sebagai contoh, iaitu Tuan guru Shah Waliyullah Dahiawi.
Gibb telah menyalin sebahagian dan teks Shah Waliyullah Dablawi dari kitabnya “Hujjatullah Al-
Balighah” J.1.H. 122. Dia begitu yakin bahawa tidak ada pembaca bukunya akan ber usaha untuk
merujuk kepada kitab Hujjatullah Al-Balighah itu bagi memerhatikan teks asalnya, maka diubahnya
maksud kandungan asalnya mengikut hawa nafsunya, digugurkan apa yang sepatutnya bagi
membolehkan pemesungan dan menjadi songsang daripada maksudnya yang sebenar, dibuatnya dengan
begitu teliti dengan harapan agar ia tidak dipersalahkan dalam hal ini.
Teks asal yang telah digugurkan dan dipesungkan itu seperti berikut:
“Sesungguhnya Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, dibangkitkan dengan kebangkitan yang
mengandungi tujuan satu ke bangkitan yang lain; yang pertamanya hanyalah kepada Banu Ismail (bangsa
Arab).. kebangkitan ini untuk memastikan supaya syari’atnya berteraskan syi’ar—syi’ar dan cara—cara
Fiqh Al-Sirah 1
23
ibadat Banu Ismail itu, juga cara-cara yang boleh difaedahkan yang sedia ada pada mereka, dengan itu
syara’ merupakan islah (pembaikan) kepada apa yang sedia ada pada bangsa Arab, syara’ tidak
memberati mereka dengan apa yang mereka tidak tahu asal-usulnya ....).
Sementara teks asal dan kitab “Hujjatul al-Balighah” memberi ibarat seperti berikut:
“Dan ketahuilah sesungguhnya Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dibangkitkan dengan
agama Hanaifiyah Ismaili ya (mengikut agama Ibrahim dan Ismail), untuk membetulkan yang
pincangnya, untuk menghapuskan pemesungannya, untuk menyinarkan nurnya, dan kerana itulah Allah
berfirman: (....agama bapa kamu Ibrahim ....) Bila begitu kedudukannya, semestinya prinsip agama itu
terselamat dan sunnahnya (syari’atnya) telah ditetapkan, dengan itu bila Nabi dibangkitkan kepada satu
kaum yang masih ada Sunnah Rasyidah (syariat yang betul) pada kaum itu, maka tidak ada makna untuk
mengubah dan menukarnya, malah wajib dikekal dan dikukuhkannya kerana sunnah itu sesuai dengan
jiwa mereka dan lebih kuat untuk dihujjahkan kepada mereka. Bani Ismail (bangsa ‘Arab) adalah
mewarisi turun temurun manhaj dan bapa mereka Ismail, mereka tetap berada di atas syan’at itu
hinggalah ‘Amru Bin Luhay mula memasukkan perkara-perkara palsu mengikut pemikirannya ke dalam
syariat itu, maka sesadah ia dan disesatkannya orang lain, dan bermulalah penyembahan berhala,
mengadakan (Saibah), dan (Bakhirah), maka dan situlah mulanya kerosakan agama, bercampur antara
yang betul dengan yang salah, mereka ditewaskan oleh kejahilan, syirik dan kufur, lalu Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam pun dibangkitkan untuk membetulkan penyelewengan mereka dan untuk
memulihkan kerosakan mereka, maka Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam memerhati pada syariat mereka,
dikekalkan yang tepat dengan manhaj Ismail ‘alaihissalam atau dari syiar Allah, dihapuskan perkara
tokoh tambah atau pemesungan, malah dimestikan penghapusan itu.”
Tidak syak lagi bahawa kita tidak hendak membetulkan kerja pengkaji dan pemesungannya
seperti ini, membetul dengan meneliti dan menyelidik, kerana sudah jelas pembohongannya, akan siasialah
jika kita tumpukan tenaga untuk penyelidikan terhadapnya, tetapi tujuan kita hanya supaya para
pembaca tahu sejauh manakah mereka yang berkenaan telah di bawa oleh fanatik buta, sama seperti kita
mahu supaya orang orang yang terpengaruh dengan cara penyampaian dan ulasan sarjana-saijana barat,
dan sejauh mana peranan pengaruh “Taqlid A ‘ma” (Meniru Buta-tuli) yang terkeji itu terhadap
sebahagian muslimin ini sendiri!.
******
Dengan itu barulah dapat dikenali kedudukan sebenar antara Islam dan pemikiran jahiliyyah yang
pernah menjadi panduan kepada bangsa Arab sebelum kelahiran Islam, sama seperti dikenali kedudukan
sebenar antara zaman jahiliyyah dengan zaman Milah Haniflyyah yang diutuskan Ibrahim ‘alai hissalam
untuknya.
Dan dengan itu jelaslah sudah bahawa kerana itulah Rasul mengekalkan banyak di antara adat dan
prinsip yang menjadi panduan dan ikutan kepada bangsa ‘Arab, di samping banyak pula adat dan tradisi
mereka dihapuskan semuanya dengan bertindak perang untuk menghapusnya.
Hanya sekadar ini saja kita habiskan muqaddimah yang amat penting ini untuk diketengahkan di
permulaan pembelajaran sirah ini untuk mendapatkan sari pati Sirah Nabawiyyah dan untuk mendapatkan
kefahamannya secara mendalam bersama tauladan dan pengajarannya.
Seterusnya, anda pembaca akan dapati di sekitar bahasan bahasan kami berikut mi lebih banyak
keterangan yang boleh membantu menguatkan lagi penjelasan—penjelasan yang telah kami berikan,
semoga akan bertambah jelas hakikat kedudukan yang sebenarnya.
Fiqh Al-Sirah 1
24
Rabu, 08 Desember 2010
Label:
RASULULLAH
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar